Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 24 Jun 2010

Saya berminat tapi saya rasa tak mampu...

Entry ini ummi tulis rentetan peristiwa pagi tadi...alhamdulillah seperti yang kalian tahu...ummi telah bergelar ahli shaklee dan sekaligus pengedar di bahagian utara...Dan syukur walaupun ummi baru sahaja menjadi keluarga shaklee ummi telah dihubungi oleh ramai sahabat ummi yang berminat untuk mencuba vitamin shaklee...

Masalah yang sahabat ummi ini hadapi beliau merasakan set breastfeeding yang ummi tawarkan masih agak mahal untuk beliau..dan beliau minta sekiranya boleh untuk mencuba set B (breastfeeding set) tetapi hanya 2 jenis vitamin sahaja iaitu alfalfa dan juga vitamin c...aduhhh...pening juga ummi memikirkannya...

Akhirnya, slps ummi berbincang dengan mentor ummi,N...ummi bersetuju untuk menjual set B yang telah di pecahkan pula menjadi 2 sahaja terdiri dari alfalfa (60 biji)-sebagai milk booster dan juga vitamin C (30 biji)-untuk boost sistem imunisasi...dan ummi jual dengan harga RM 30.00 sahaja...tersenyum sahabat ummi tu...ceria suaranya...tak sabar2 nak cuba set tersebut...

Jadi secara tidak langsung...base pd perkara ini juga...ummi maklumkan...jika ada lagi yang berminat untuk mencuba satu jenis sahaja vitamin tersebut untuk sebulan...silakan...ummi tawarkan pada harga serendah RM 20.00 sahaja(untuk sebulan) dan RM 10.00 sahaja bg alfalfa (untuk sebulan)...

Ummi harus ingatkan bahawa pengambilan vitamin adalah lebih kurang seperti pengambilan makanan...mesti cukup dan lengkap...agak mustahil jika kita hanya makan nasi semata2 tanpa sebarang lauk tambahan bukan??

Harus juga di ingat bahawa pengambilan supplemen2 adalah untuk memastikan badan si ibu lebih sihat dan bersedia untuk penghasilan susu...gabungan antara badan yang sihat serta kekerapan penyusuan dan jadual pam yang konsisten adalah SANGAT PENTING DALAM MENJAYAKAN SESEBUAH PENYUSUAN HINGGA MELENGKAPI 2 TAHUN PENUH...

Dan...sebagai menghargai pelanggan yang juga sahabat ummi...silakan jika ingin nasihat dan juga pandangan ummi mengenai permasalahan mengenai penyusuan...setakat yang ummi mampu...insya allah ummi bantu...ikhlas niat ummi untuk bersama2 berkongsi kejayaan untuk menyusukan anak selama 2 tahun penuh...buat akhirnya...jika ada yang ingin membeli vitamin shaklee secara direct(bersua muka) insya allah jika ummi tidak sibuk...ummi cuba...semoga ianya menjadi jambatan ukhuwah pula buat kita kelak...

So, buat akhirnya..sekadar renungan...MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK KEBAIKKAN DIRI SENDIRI DAN JUGA KELUARGA SANGAT DI TUNTUT DALAM ISLAM DAN ALANGKAH RUGINYA KITA SEKIRANYA KITA BERKIRA-KIRA UNTUK MENCUBA SESUATU YANG BERFAEDAH UNTU KEBAIKKAN DIRI KITA DAN JUGA KELUARGA...Adios buat masa ini..jumpa lagi...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails