Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 30 Jun 2010

Perkongsian ilmu-zihar

Salam...syukur ummi panjatkan ke hadrat ilahi kerana memberikan ummi kesihatan untuk ummi terus menulis di blog ini...Mungkin ada yang tertanya2 apakah maksud tajuk yang ummi tuliskan tersebut...


So ,hari ini ummi ingin berkongsi satu cerita...ummi yakin bagi semua yang telah berkahwin maybe ada yg sinonim dgn perkara ini dan tidak kurang yg tidak tahu langsung...so, di sebabkan ianya sgt penting dan boleh membawa kesan yang lbh besar...ummi ingin kongsikan bersama...


Pagi tadi,ummi terima satu panggilan dari sahabat baik ummi...nun jauh di kl duduknya...ummi terkejut kerana kwn ummi ni bercakap dgn nada yg sgt tak jelas..berselang seli dengan esak tangisnya...so, ummi ringkaskan di sini bentuk perbualan ummi tersebut...


Kwn : Nadia...habis la akuuu (sambil menangis tersedu2)
Ummi : Kenapa...ya allah jgn kelam kabut...cakap perlahan2..
Kwn : Aku takut la...suami aku ada cakap sesuatu tadi...aku takut itu "zihar"...
Ummi : Ok...mcmana lafaz suami kau tu???
Kwn : Suami aku cakap...(lepas aku potong rambut)..cantiknya style rambut awak ni..."Macam rambut mak saya masa di muda2 dulu"..alaaa...nadia...aku takut la...tu zihar ke...
Ummi : (Berfikir)...rasanya mcm tak jatuh zihar...tp aku try tanya kwn aku yg lebih arif pasal hal ni...


Selang 20 minit..shabat ummi call ummi lagi...dh mcm cacing kepanasan dia..


So, inilah jwpn secara ringkas ttg permasalahan sahabat ummi tersebut...alhamdulilah..tak jatuh zihar walaupun samakan dgn rambut ibunya...
Mengapa???Kerana rambut adalah bukan anggota badan...dan rambut juga boleh berubah...(panjang atau pendek)-tidak bersifat kekal...


So, base pd cerita tersebut, ummi explain sedikit ttg zihar...zihar ni maksudnya menyamakan anggota tubuh isteri dengan ibu suami...contoh..."Eh...hidung awak ni mancung la macam mak saya"...kedengaran mcm biasa ayat ni ttp menyamakan isteri dgn anggota kekal ibu...maka jatuh lah zihar...dan apabila jatuh zihar hendaklah di asingkan(tak boleh duduk serumah dsbnya)-mcm bercerai tp bukan bercerai..dan hukumannya sgt berat...hendaklah berpuasa selama 3 bulan berturut2...(tak boleh senggang walaupun sehari)...jika tak mampu memerdekakan hamba (mana nak cari hamba zaman ni) dan jika masih tidak mampu boleh la memeberi makan org miskin (tak ingat berapa org)..dan bukannya boleh terus choose pilihan ketiga...wajib cuba dahulu ikut urutan pertama,kedua dan barulah ketiga...tu dia punya dasat...kadang2 ada antara kita yang tak tau pun kan...


So, mungkin ada kekurangan...ummi pun cerita base pd pengetahuan ummi secara ummum sahaja...kena tanya pada yang lbh arif jika ingin tau lebih lanjut...maaf jika tersilap maklumat...sekadar berkongsi...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails