Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Isnin, 28 Jun 2010

Mampukah aku menyusukan anakku????

Salamm...seperti biasa syukur ummi panjatkan ke hadrat tuhan kerana terus memberi peluang kepada ummi untuk berkongsi sesuatu dengan kalian..mudah2an setiap apa yang ummi kongsikan ini akan memberikan sedikit sebanyak input yang dapat memberi kebaikan kepada kalian...

Hari ini ummi menerima satu email dari seorang lagi adik ummi yang mesra ummi panggil sebagai nomi...ummi kenali beliau di alam maya dalam satu forum khas untuk ibu2 mengandung...berikut email yang ummi terima dari nomi...

salam kak..

saya siti normah atau dikenali dgn nama nomi di mengandung.com..saya dapat email akak di m.com n saya ada ikuti blog akak.

sekarang sy peknen anak ke-2 baru 10wks..masa anak sulung, saya xdpt bf anak sy..pada awlnye saya mmg berazam utk bf anak.. tetapi semasa di hospital (private hospital), nurse tlh memberikan susu tepung. jadi, bila pulang ke rumah, anak saya xnk susu bdn langsung.
saya kesal kerana tidak berjaya menyusukan anak walaupun sedikit..

saya berazam utk susukan anak ke-2 sy nanti..tp saya dihantui perasan risau jika berlaku perkara seperti anak sulung sy..apa perlu saya lakukan ye sebagai bersediaan utk pastikan anak sy nak menyusu bdn nnt..

harap akak dpt membantu..tq...


ok...ummi akan jawab berdasarkan pengetahuan dan juga pengalaman ummi menyusukan syasya dan juga qistyna...Untuk memudahkan ummi bahagikan kepada dua fasa iaitu semasa mengandung dan selepas melahirkan...

Fasa pertama-Semasa Mengandung...

Base pada pengalaman dan pengetahuan ummi semasa mengandung ada 3 perkara penting yang harus di ambil kira iaitu:-

1) Niat yang ikhlas untuk menyusukan anak berpandukan suruhan allah yang menyeru semua2 ibu2 untuk melengkapkan penyusuan sehingga lengkap 2 tahun penuh...(ummi lupa ayat dan surah apa)...Pentingnya niat kerana dari niat,secara automatik otak kita akan menerima signal atau maklumat baru yang terus disimpan ke dalam memori bahawa aktiviti penyusuan akan berlaku sebaik sahaja kelahiran...Dan dari memori terus badan serta merta akan memberi impak yang merangsang kelenjar2 susu untuk menghasilkan susu sebaik tiba waktu kelahiran..

2) Persediaan diri untuk penyusuan sepenuhnya...maksud ummi persediaan fizikal dan mental...bersedia mengharungi apa juga cabaran kerana akan ada cabaran2 di luar sana yang boleh membantutkan hasrat murni kita itu...dan persediaan itu termasuklah membanyakkan selawat dan zikir kepada allah...(doa ibu mengandung ni mustajab tau)...

3) Persediaan fizikal ketika usia kandungan mencecah 7 bulan ke atas...amalan- amalan seperti membersihkan nipple dengan air suam, memicit2 secara lembut di nipple untuk merangsang pengeluaran susu kelak...tujuannya adalah ianya akan membuka liang2 susu supaya lancar dan mengelakkannya dari tersumbat...

Inilah yang ummi amalkan sepanjang tempoh kehamilan ummi dahulu dan syukur ianya berkesannn...

Fasa Kedua-Selepas melahirkan...

Inilah fasa yang sangat mencabar bagi diri ummi...dengan condition ummi yang tidak boleh bergerak kerana kedua2 putri ummi di lahirkan secara ceaser (anak sulung ummi sbb placenta previa + melintang dan anak kedua ummi kerana besar(3.71kg) + songsang)...mmg sgt mencabar...kbtln mak tiri ummi yang jaga ummi di wad(krn mak ummi dah meninggal)..so, kerana ummi tidak boleh bergerak...so, mak tiri ummi la yg suakan anak ummi utk ummi susukan...malangnya sekali lagi cabaran datang apabila kedua2 putri ummi menolak untuk di susukan secara direct(maybe ummi ada masalah inverted nipple)..so, dlm kedua2 keadaan yg sukar itu, ummi terpaksa minta abah belikan pam susu...(hehehe...degil ni...tak nak bg susu tepung)..tp..sementara abah(suami ummi) belikan pam susu, anak sulung ummi semasa itu menangis2 sekuat hati hendakkan susu...ummi buntu,panik dan macam2 perasaan ada...dan ummi terpaksa relakan nurse sorong anak ummi ke kaunter nurse utk di beri susu...Sejam kemudian, abah sampai dengan pam susu jenis pureen battery dan ummi cuba pam...hampir setengah jam ummi pam yang keluar hanya angin...ya allahh...sedihnya ummi...terus ummi capai buku zikir dan bersusah payah turun dr katil utk ambil wudu'(walaupun tak boleh solat tp wudu' boleh)..terus ummi hadapkan wajah ke arah kiblat dan berzikir sambil bedoa sehingga menitik2 air mata ummi sampai basah baju ummi pakai...dan sungguh allah itu sifatnya Maha Mendengar, Maha Pengasih Dan Penyayang...setengah jam kemudian ummi cuba pam lagi dan syukur keluar susu kolestrum yang kekuning2an sebanyak 1 oz...sikit???tp ummi tlh merujuk kpd doktor laktasi ummi, semasa di lahirkan perut baby adalah sebesar kacang peas(keciknya kan)...dan insya allah...susu yang sebanyak itu, cukup utk anak ummi...dari situ,bermulalah aktiviti mengepam ummi...

Tidak ummi nafikan adakalanya anak ummi menangis (sprt ingin susu)...ttp berdasarkan pembacaan ummi bukan semua baby menangis kerana ingin susu(kesiannya kan bg org yg suapkan susu tepung pd baby yg mempunyai perut sebesar kacang peas dan dlm kuantiti yg banyak pula...ish...tak dpt ummi bayangkan)...

Sungguhpun begitu, berbeza dgn keadaan ummi semasa melahirkan anak kedua ummi,qistyna..keadaan ummi sungguh lemah...dan sakitnya tuhan sahaja yang tahu...dua kali ganda sakitnya dr sakit ceaser yg pertama...kebetulan pula anak ummi dimasukkan ke wad kerana kuning yg tinggi..so, hampir 5 hari ummi gagal melaksanakan tggjwb ummi untuk menyusukan qistyna..di rumah, ummi ttp mengepam bagi memastikan kolestrum dpt di berikan kpd qistyna(abah hantar setiap hari ke wad)..dan sebaik shj qistyna balik ke rumah..perkara yang di alami nomi juga di alami oleh ummi...anak ummi refused nak minum susu badan..so, ummi tetap pam dan suakan botol ke mulut anak ummi walaupun dia menangis2 tidak mau sambil ummi letakkan tapak tangan ummi di ubun2 anak ummi...ummi bisikkan di telinganya dengan lembut.."adik..ummi nak bg susu yang terbaik utk adik..adik minum ye, sayang..."ummi buat setiap hari dan tidak putus2 ummi berdoa kepada allah agar ummi di permudahkan dalam penyusuan ini...

Perlahan2 anak ummi akhirnya menerima juga dan sehingga kini jika ada yang cuba2 nak bg susu tepung pd qistyna...terima lah habuannya sbb adik akan muntahkan balik susu tu...huhuhu...good girl...dan ummi notice adik tersangatlah suka kan susu ummi lebih2 lagi sekarang ummi dah ambil energizing soy protein (wah promote..hehehe)...ini betul2 bukan cobaaannn...hehehe...

So, buat nomi...itulah pengalaman akak yang boleh akak share yg mungkin nomi juga boleh turut amalkan...mudah2an berjaya...dan yang paling penting,dik...jgn cepat berputus asa jika kita gagal pd awalnya,disebalik sstu kegagalan itu, ada kejayaan yang manis bakal di perolehi asal sahaja kita berusaha dan berserah kpd yang maha esa...insya allah buat nomi dan juga semua adik2 yang masih belum berpuas hati dengan catatan ummi ini,silakan msg atau call ummi di hp ummi...insya allah jika ummi tidak berada dlm court atau mesyuarat...ummi pasti sedia utk berkongsi pendapat dan masalah dengan kalian...

Buat Nomi khususnya dan semua ibu2 yg sedang mengandung..ummi doakan diri dan kandungan kalian sentiasa dalam perlindungan allah dan allah memelihara bakal2 khalifah tersebut kerana merekalah generasi penyambung terbaik di muka bumi ini kerana ibu2 mereka membuat keputusan yang tepat untuk menyusukan mereka sepenuhnya...aminnn....insya allah...

Sampai jumpa lagi, adios buat masa ini...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

2 ulasan:

  1. salam kak..
    thanks sbb reply..
    ape yg akak alami tu sama dgn apa yg sy alami..
    cume akak berjaya jgk susukan bby, tp saya tak..
    sy nk tnye, inverted nipple tu cmne..
    mcm sy ni, nipple sy ni cam x keluar..(saya tak tau la org lain cmtu ke x..)
    awl2 tu mmg dpt pam 1oz, tp anak sy xnk minum..huhu..sy pun pakai pam pureen ms tu..saya ingtkn sebb pam tu kurg bagus menyebabkan susu keluar ckit je.

    BalasPadam
  2. W'salam...inverted nipple tu puting susu tenggelam...betul la mcm keadaan nomi tu...tak semua org mcm tu..dan untuk pengetahuan nomi mmg pada awal2 slps kelahiran susu kita mmg terhasil sedikit kerana mcm akak kata perutnya sebesar kacang peas...susu ni terhasil atas demand maksudnya jika kita perah sebanyak itu, itulah amaun yang anak kita perlukan...so, kalau anak menangis tidak semestinya kerana nak susu sahaja ye dik..maybe sbb kembung,nak tido dan sbgnya...tp kebiasaan mentaliti org kita bila baby nangis je suap susu...bayangkan maunya tak kembung dia sbb sua susu banyak sgt...insya allah akak percaya jika nomi ada niat nak susukan baby nomi kelak dan tahu caranya dgn betul akak yakin boleh berjaya...dan akak insya allah akan cuba tolong nomi setakat yang akak mampu..ok..

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails