Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 31 Ogos 2010

Penerangan secara jelas ttg RELAKTASI..

Salam...21 Ramadhan...semalam ummi menerima 2 email dr adik2 ummi berhubung proses RELAKTASI...berikut email2 tersebut :-
----------------------------------------------------------------------------
Email (1)
assalamualaikum akak.

saya ada surf i web akak yang akak aa jual sepplement to increase breastmilk kan.

tapi kisah saya begini...

saya ada 2 org anak kembar berusia 6bulan.Sejak 2 minggu ni, saya kuang beri mereka susu ibu kerana keletiahn bekerja. Akibatnya, sekarang mereka tak mahu bila saya nak direct breastfeed mereka. Saya sedih sangat akak. Untuk pengetahuan akak, anak saya minum susu isomil + susu ibu. Susu saya tka banyak.Hingga umur anak 4 bulan je saya perah.


Akak, sekarang saya nak perah lagi.Saya nak bagi susu ibu saya pada anak saya.Bagaimana supplement yang bagus untuk saya.harap akak apat tolong saya.terima kasih :)
-------------------------------------------------------------------------------
Email (2)
 
Salam kak nadia,

mas skang on relactation.dh seminggu pump every 2hours.lebih kurang 8x-lebih 1 ari. tp susu ade dlm setitik 2 jer yang kua. bleh x kak nadia tolong mas.ape yang patut mas buat lg. mas nk susukan aufa balik...

sekarang dier dh dekat 5 bulam.stop bf ms umur dier dekat 3 bulan. pas tu dier xnak direct bf lg sbb lambat n susu xbyk.mas kena pam, masuk botol then br dier isap. tp pas umur dia 3bln..susu low sgt.sampai setiap kali pam dpt 1/2 oz n kdang2 xsampai.. breast pn sampai lebam2. pas tu terus stop pam n aufa fully formula milk. mas mmg nk sangat susukan dier sampai umur dia 2 thn n more if possible.
------------------------------------------------------------------------------
Belas ummi mendengar nukilan2 adik2 ummi ini yang masih tertanam di sudut hati mereka untuk tetap ingin menyusukan anak mereka...Sesungguhnya alangkah bahagia dan bangganya ummi kerana rupanya masih ramai ibu2 di luar sana yang sanggup dan ingin berusaha demi merealisasikan penyusuan ibu di teruskan sehingga 2 tahun walaupun beribu kepayahan dan ujian yang datang...


Berikut ummi paparkan sedikit sebagai pengetahuan mengenai proses RELAKTASI (sama keadaan dengan kedua - dua adik ummi di atas)...(credit to Along Azrinna)


Maksud relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.


Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:


1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.


2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)


Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.

Kenapa Mahu Relaktasi


Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi


Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.


• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan


• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk


• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?


Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi. Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.


Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?


Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar


• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.


• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi


• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali


• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara


Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu


• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi


(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)


• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu


Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.


• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.


• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.


• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi


Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest


• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)


• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik


• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care


• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.


Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?


Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari (Nota : Jika mengamalkan SET B sila amalkan minum 3 liter air sehari)

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?


Susu yang terhasil akan bergantung kepada :


• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan


• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.


• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’


• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.


• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.


• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.


• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?


Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.


• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.


• Suplemen herba seperti halba (try n error dulu ye sbb semasa ummi cuba dulu anak ummi kerap berpeluh2 dan sering mcm sakit perut sbb halba memang bagus untuk boost pengeluaran susu tetapi ianya tidak sesuai untuk susu ummi sbb PANAS)


• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor (Pls rujuk doktor ye..jgn beli sendiri sbb ada sahabat ummi yg amalkan pil2 di atas mengalami kesan sampingan)


Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.




Oh Ya...jika di tanya menurut ummi, bagi menjayakan proses RELAKTASI ini sebenarnya dalam kondisi untuk mendapatkan di samping mengembalikan semula susu badan, secara tidak langsung juga turut memberikan faedah sampingan dengan menambahkan tenaga si ibu, kesihatan ibu dan anak dan juga tidak mendatangkan kesan tidak baik kepada ibu dan anak...berikut supplement WAJIB bagi ibu2 yang berhasrat untuk mencuba proses RELAKTASI :-


                Energizing Soy Protein - RM121 tidak termasuk postage




Ia adalah soya rendah lemak yang tidak bersifat GMO(bukan organisma yang diubah secara genetik) dan merupakan sumber protein biologi yg lengkap untuk seisi keluarga yang kandungannya kesemua 9 asid amino.


~ protein membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan


~ ESP menyediakan 14 gram protein kacang soya dlm setiap hidangan untuk sihatkan jantung


~ kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopaus


~ hidangan serba lengkap-sumber protein dan lain-lain khasiat utama yang ideal


~ indeks glisemik yang rendah untuk membantu kekalkan paras gula dalam darah


~ tidak mengandungi kolestrol dan laktosa


Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosen bukan saya menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontiminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia. ESP dicuci dengan air untuk kekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan seluruh manfaat soya.

Bagaimana cara minum ESP?


Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau diminum bersama-sama dengan milo, susu, horlick atau jus dan dibancuh dengan air suam agar tidak merosakkan protein itu sendiri.Setakat ini, paling sedap bila dibancuh bersama gabungan oren sunquick atau oren twister..(Nota : Jangan sekali2 di bancuh dengan air panas).



   SET B


SET B (Terdiri daripada Multivitamin @ Vitalea, Vitamin C, Vitamin B Compleks Dan Alfalfa)


1) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin




Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak, contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


2) B Complex


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.


3) Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


4) Alfalfa


Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung. Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
21 Ramadhan...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Breastfeeding is my mission...

Salam...maaf sejak kebelakangan ini ummi tak tertulis entry di blog ummi...maklum...bulan ramadhan...agak bz menguruskan anak2 dan waktu 'berkahlwat' dengan Yang Maha Esa..kebetulan ummi menerima satu email dr salah seorang adik yang ummi kenali di alam siber ini...bertanya tentang journey breastfeeding ummi...apa yg ummi makan, apa yang ummi buat dan kebaikan2 supplement yang ummi amalkan..so, let's sharing k...


Sedikit tentang journey berastfeeding ummi..


1) Ummi seorang pengepam tegar (Sejak lahir gagal menyusukan anak melalui kaedah direct feeding) atas alasan inverted nipple dan maybe ummi semasa itu tidak sabar dan kesian melihat si kecil ummi menangis2 tak cukup susu so, ummi ambil jalan untuk memberikan susu ibu melalui kaedah pumping...


2) Ummi juga seorang pengamal supplement sr shaklee iaitu :-


a) ESP - Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang...... Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah dan kualitinya sangat tinggi .




b) Vitalea @ Multivitamin - Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak..Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak ..Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.




c) Vitamin C- Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.




d) B Compleks - Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.




e) Alfalfa - Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.




f) Performance Drink - Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi, Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina, Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.


g) Ostematrix @ Kalsium - membina tulang dan gigi yang kuat,  membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot dan untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah)
 
h) Zinc- penting untuk sistem pertahanan badan- imune system, bertindak sebagai anti oksidan, membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain, mempercepatkan pembaikan tisu yang luka, membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu, membantu pertumbuhan tulang yang sihat, mengawal rasa,bau dan selera dan terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan. (Ummi turut amalkan untuk kurangkan masalah rambut gugur)..
 


Energizing Soy Protein, Vitamin C, B Compleks, Vitalea @ multivitamin Dan Alfalfa...
 
 
 
Performance Drink
 
 
 
 
 

 
 
Ostematrix @ Kalsium
 
 
 
 
 
 

 
Zinc
 
 
 
 
 


 
3) Cara- cara ummi maintainkan susu
 
a) Pengamalan Supplement2 di atas secara konsisten
b) Minum air masak at least 3 liter sehari
c) Sessi pengepaman mengikut jadual ( 3-4 jam sekali)
d) Keinginan , Niat Dan Semangat Yang Kuat
e) Jauhkan stress
f) Tidak mudah Putus Asa
g) Buat power pumping at least 2 kali seminggu (kalau sempat buat bila kelapangan)
h) Paling Penting!!!Mohon kepada Yang Maha Esa...
 
4) Hasil nya :-
 
a) Susu yang maintain mencukupi buat anak ummi (8-9 oz persession)...alhamdulillah!!
   
 
Kebiasaannya 8 - 9 oz persession..
 
 
 


 
b) Anak yang sihat dan gebuss..
 
Ni gambar masa anak ummi umur 8 bulan lebih...nanti ummi up date gambar baru...(tak sempat)...
 
 
 
 

 
So, harap2 adik2 yang bertanya tentang journey breastfeeding ummi berpuas hati ye...
 
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..
19 Ramadhan...

Rabu, 25 Ogos 2010

Period penyebab susu drop????

Salam...15 Ramadhan...hari ini ummi rasa mood happy sangat2...kenapa???hehehe...alhamdulillah tadi sekejap baru sahaja di umumkan kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan akan di bayar RM 500.00 sebagai bonus tambahan sempena aidilfitri...syukur ummi panjatkan kerana rezeki ummi dan keluarga terus di murahkan...dan tempiasnya adalah ayah ummi sendiri kerana ayah ummi adalah pesara kerajaan...dan yang lebih menggembirakan ummi kerana Kerajaan Pulau Pinang juga membuat pengumuman untuk turut memberikan imbuhan sebanyak RM 400.00 untuk staff kerajaan yang berkhidmat di sini...syukur dan syukur ummi terus panjatkan...itulah rezeki yang allah berikan tanpa kita sedari asal sahaja jgn lah kita segan2 untuk merendahkan diri sujud di hadapannya...


Berbalik kepada entry hari ini, actually petang tadi, salah seorang sahabat ummi datang berkunjung ke teratak ummi...kebetulan, ummi baru sahaja selesai mengepam...dan meletakkan susu di tepi anak ummi...sahabat ummi menggelengkan kepala sambil berkata "Ishh...rezeki anak kaukan...susu meriahnya...tapi aku bila datang period je, habis drop giler susu aku"...ohhh..ye ke???tersenyum terus ummi mendengar nya...malahan saat2 ummi mula2 di datangi period buat pertama kalinya selepas 8 bulan ummi bersalin masih berlegar2 di fikiran ummi...bagaimana susu ummi merudum ke tahap yg sgt membimbangkan iaitu hanya 4 oz persession...kelam kabut ummi saat itu dan kebetulan semasa itu ummi baru sahaja try ambil set B, dan berkat kesabaran dan consultation yang baik dr my dear sis, N...semasa ummi di datangi "Mr P" tu, susu ummi bukan sahaja tidak drop malahan bertambah dan ummi dapat 12 oz persession!!!Subahanallah...hampir menangis ummi kegembiraan...

Bagaimana cara untuk memastikan susu terus kekal berada di level atau kuantiti yang sama semasa period???


1) Perkara paling penting, TENANGKAN DIRI ANDA...
2) Buang segala input2 yang tidak benar dari pemikiran kita contohnya "Memang bila period, susu akan drop"..kerana otak adalah seperti enjin kereta...jika enjin pun dah tersangkut sudah tentulah pergerakan kereta akan menjadi tersangkut2..begitu juga lah dengan susu kita...bila otak yang menjadi tunjang utama dalam badan kita telah memberikan signal NEGATIF seperti itu, dah tentulah perkara negatif seperti susu yang terhasil menjadi berkurangan  yang akan terhasil...
3) Tambahkan KALSIUM semasa dalam tempoh period ini..kerana semasa period kalsium sangat berkurangan dan salah satu perkara terbesar dalam penghasilan susu adalah kalsium..
4) Teruskan mengepam dan menyusukan bayi anda seperti biasa...


So, sebenarnya berdasarkan pengalaman ummi sendiri, apabila mentaliti kita berfikiran positif dan buangkan segala KATA2 YANG KONONNYA PERIOD MENYEBABKAN SUSU DROP...ditambah dengan pengambilan kalsium bagi mencukupkan kalsium yang banyak hilang dlm tempoh period dan meneruskan sessi mengepam dan menyusukan seperti biasa...insyaa llah ummi sangat2 yakin, bukan sahaja susu tidak terjejas malahan mungkin juga akan meningkat seperti ummi alami (12 oz dik nonnn)...syukur alhamdulillah...


Kerana itulah ummi menyediakan SET E yang memang lebih tertumpu kepada masalah ini...SET E mengandungi :-
30 biji multivitamin (vitalea)
30 biji b compleks
30 biji vitamin c
90 biji alfalfa
120 biji ostematrix (kalsium)-perlu di ambil 4 biji sehari


Dan semua ini hanya pada harga RM 140.00 sahaja dan lebih hebat lagi  wang postage adalah FREE...dan untuk kesan yang lebih baik lagi bolehlah di tambah dengan ENERGIZING SOY PROTEIN dan bagi kedua2 ini iaitu:-


SET E + ENERGIZING SOY PROTEIN ianya hanya berharga RM 271.00 sahaja termasuk postage...


Dan, ummi mendoakan semoga kalian juga akan mendapat hasil yang serupa kerana ummi percaya PERIOD BUKANLAH PENYEBAB KEPADA PENURUNAN KUANTITI SUSU...


Jika kalian ingin mencuba set ini, sila contact atau sms ummi di 0123975808...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Isnin, 23 Ogos 2010

Tolong!!!Saya nak kurus tapi saya breastfeeding mother...

Salam...13 Ramadhan menjengah...hari ni hampir separuh ramadhan kita tinggalkan...sayu rasa hati ummi mengenangkannya...masih tak terkejar rasanya bonus2 yang tertera indah di dada ramadhan untuk di ambil tetapi, itulah kita manusia...walaupun syaitan jelas2 sudah tertambat tetapi nampaknya nafsu dan kehendak pula membelenggu diri sehingga kita merasa berat untuk "berebut2" nikmat dan bonus yang terbentang luas untuk di ambil...(ummi ingatkan diri ummi jugak ni)...


Entry kali ini, ummi tuliskan atas permintaan salah seorang client adik ummi, N  yang nak tau tentang supplement yg sesuai untuk kuruskan badan tapi dalam masa yang sama ialah breastfeeding mother....Amaran!!!Jgn ambil sebarang produk slimming tanpa konsultansi dr pakar laktasi anda kerana ada produk slimming yang boleh mengurangkan penghasilan susu...So, inilah antara supplement yg membantu ibu2 yang sedang menyusukan dan ingin menguruskan badan dalam masa yang sama :-


1) Vitamin B Compleks dan Vitamin C - (Memang dah ada dlm trial pack set B pun )
# credit to N#


Best Vitamins for Weight Reduction



The body’s weight-control or weight-related functions – like appetite, hunger, metabolic rate, metabolism of fats and sugars, calorie-burning, and so on – operate more efficiently with an optimum intake of vitamins. All of them play a part in maintaining optimum health and weight, and many operate together, so it’s not really accurate to single out certain vitamins as being “best” for weight loss. That said, certain vitamins are worth a special mention.The most important vitamins and minerals for weight loss are: Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Choline (part of B-complex), Inositol (part of B-complex), and Vitamin C.


2) ESP (Energizing Soy Protein) - kebanyakan adik2 ummi yang ambil set B pun ambil ESP ni...
 
Kebaikkan protein yang terdapat dalam ESP ini adalah memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan mengurangkan selera makan...ianya juga membekalkan tenaga berpanjangan, rendah lemak, tanpa laktosa dan tidak mengandungi kolestrol dan bebas kafein...Oleh itu, selain meningkatkan hasil susu, secara tak langsung ianya juga membantu dalam mengurangkan berat badan...
 
3) Alfalfa - Turut ada dalam set B..
 
Salah satu sifatnya yang membantu melawaskan sistem penghadaman dan pencernaan...so, bila lawas, senang la lemak2 yang tak diingini di singkirkan melalui perkumuhan...So, baguskan, milk booster yang banyak peranan...Peringatan : Amalan pengambilan alfalfa haruslah di sertai dengan pengambilan air yg seimbang sekurang2nya 3 liter sehari...
 
4) Fiber Unflavoured - Dalam bentuk serbuk (much2 better than kapsul fiber)...
 
Sangat kaya dengan sumber serat , rendah kolestrol dan rendah lemak....Juga membantu dalam memberikan rasa kenyang yang berpanjangan, membantu melancarkan sistem penghadaman tanpa mengganggu penghasilan susu badan...
 
5) Lecithin - berfungsi memecahkan dan mencairkan lemak terutamanya kolestrol.Ia turut membantu agar saraf otak menghasilkan kolin dan kolin sangat penting membantu otak menerima data dengan lebih lengkap serta untuk kita lebih mengingat.Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita. Jika di amalkan perut kempis beb!
 
Oh ya...oleh kerana lecithin tidak terdapat dlm set b jika anda ingin mencuba, just add on lecithin sebnyak RM 15.00 sahaja bagi 30 biji..
 
So, bagi keseluruhan set di atas...

1) SET B - RM 80.00 (free postage) add on Lecithin RM 15.00

2) ESP - RM 131.00 (termasuk postage)

3) Fiber Unflavoured - RM 145.00 (termasuk postage)- boleh consume sehingga lebih 6 bulan...
 
Tunggu dulu!!!Sekiranya anda mengambil kesemua di atas sekaligus...RM 80.00+RM 15.00 + RM 121.00 + RM 135.00 + RM 10.00 (postage) = RM 361.00 (diskaun RM 10.00)...so, call ummi di 0123975808 jika berminat...
 
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
13 Ramadhan...
 

Jumaat, 20 Ogos 2010

Susu Ibu adalah yang terbaik...Apa perlunya tambah dengan supplement???

Salam...10 Ramadhan selesai di tempuhi...hari ni sedikit penat kerana opis ummi tadi electric tak cukup supply...kejap ada lampu kejap padam...berpanas sepanjang hari...syukur ummi mengambil performance drink..jadi badan ummi kekal tidak mengalami dehidrasi...semua staff merungut sbb kepanasan...kalau sblum ni smua mengeluh kesejukan kerana air cond yang terlalu kuat pula..itulah kita sebagai manusia..jarang bersyukur dengan nikmat yang telah kita perolehi...dan mudah melatah bila di uji...


Berbalik kepada entry ummi pada hari ini...actually td ummi sempat bersembang dengan sahabat ummi yang turut breastfeeding anak (tapi wktu keje ada top up sikit dengan formula milk)...ummi sempat ceritakan bahawa ummi mengambil beberapa supplement bagi MEMASTIKAN susu ummi kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan...dengan erti kata lain ummi cuba memastikan susu ummi benar2 berkualiti buat anak kesayangan ummi...sahabat ummi bertanya kepada ummi..."untuk apa perlunya supplement kerana susu ibu itu sendiri adalah yang terbaik dan telah lengkap dengan segala zat dan mineral yang di perlukan"..tersenyum ummi mendengar soalan tersebut...ummi memang tidak menyangkal kenyataan tersebut malah mengakui kebenarannya...malahan...sahabat ummi turut menekankan bahawa "Bukankah apa yang tuhan ciptakan adalah suatu yang terbaik, mengapa pulak kita nak kena memandai2 alter benda yang asli???"...


Dengan nada yang sangat lembut ummi tanyakan semula pada sahabat ummi ini.."Mengapa agaknya kebanyakkan wanita ke pejabat atau keluar dari rumah mesti sekurang2nya memakai bedak di muka???Atau mungkin mencalitkan sedikit lipstik di bibir???" Bukankah Allah telah menciptakan ianya begitu sempurna dan mengapa kita perlu menokok tambahnya pula...terdiam sejenak sahabat ummi ini...dan lantas berkata.."Hmmm..tu la susahnya bercakap dengan orang yg biasa berhujah dlm court ni..nak menang je..."...Tergelak terus ummi mendengarnya sambil mohon maaf jika sahabat ummi tersinggung dan minta dia sama2 berfikir tentang kebenarannya...


Secara jujurnya, ummi rasakan jawapan yang paling tepat bg soalan di atas ialah SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI INGINKAN KESEMPURNAAN DALAM SATU2 HAL..walaupun pada dasarnya kita tidak berniat atau cuba mengubah kejadian tuhan, tetapi kita cuma ingin melengkapkannya lagi dengan 'aksesori' supaya ianya lebih menawan dan sempurna...


So, begitu jugalah dengan susu ibu..pada ummi apa yg paling ummi titik beratkan untuk memastikan susu yang ummi hasilkan itu, benar2 berkualiti untuk anak ummi...Bukanlah ummi mengatakan bahawa susu ibu yang terhasil itu kurang zat (malahan ianya beribu2 kali lebih baik dr susu formula dan ini di akui sendiri oleh pakar2 berkaitan)...tetapi dalam keadaan :-
1) Ummi tidak mampu makan semua makanan seimbang yang di syorkan oleh pakar pemakanan (Cth setiap hidangan perlu ada sayuran hijau, daging, ikan, telur dan lain2)...
2) Ummi tidak pasti samada masakan yang ummi beli di kedai2 semasa bekerja ada atau tidak di letakkan penambah perisa yang kebiasaannya akan sedikit sebanyak merosakkan zat2 makanan itu sendiri...
3) Kebiasaanya, zat makanan yang terdapat pada makanan telah hilang atau musnah sebahagian besar akibat cara masakan di kedai2 makan (Contoh : Sayur hijau jika di rebus terlalu lama, maka zat yang terdapat pada sayuran akan musnah)...
4) Ummi tidak mampu makan buah2an pada kadar yang banyak dalam satu hari bag mengimbangi keperluan badan seharian...
5) Ummi kerap terskip waktu makan dan menggabungkan sarapan pagi dan tengahari dalam satu masa yang jelas2 tidak memenuhi pemakanan seimbang yang di syorkan...
Lalu, dalam keadaan di atas, apa agaknya zat dan nutrisi yang tinggal dalam susu ummi???


Jika kita perhatikan :-
1) Dr dalam pantang lagi, ibu mertua ummi sering berpesan jangan sesekali makan makanan yang berangin kerana anak akan kembung sebab menyusu badan...
2) Kenyataan dan fakta yang sering mengatakan bahawa apa yg kita makan akan di salurkan melalui air susu terus kepada anak...
3) Mengapa doktor menyarankan kita menjaga pemakanan seharian kerana kita masih menyusukan anak..
4) Tak boleh makan sebarangan sbb akan meninggalkan kesan kepada anak yg menyusu dgn kita..

Jadi, secara jelasnya, susuibu itu adalah secara langsung datang dari apa yang si ibu itu makan dan ambil dalam diet pemakanan sehariannya...so, memang sgtlah penting kita memastikan susu kita kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan untuk di salurkan pada si kecil kita...


Dan pernahkah kita terfikir mengapa agaknya semasa hamil kita di bekalkan dengan vitamin2 untuk di consume sepanjang tempoh kehamilan???Sudah pastinya untuk memastikan si kecil itu sihat dalam kandungan kita...


Dan adakah selepas di lahirkan kita terus mengabaikan pengambilan vitamin dengan alasan klinik tidak membekalkan pada kita???Kalau menurut ummi, semasa tempoh breastfeeding inilah yang sepatutnya kita mengambil supplement bg menjamin khasiat yang kita makan di salurkan melalui susu badan kita...kerana ummi ibaratkan anak kecil di bawah 2 tahun "sangat fregile"...dengan sistem ketahanan badan yg sgt rapuh sedangkan mereka tidak mampu menelan sendiri vitamin2 tersebut untuk kebaikan mereka...di sinilah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anaknya...dan ummi memilih mengamalkan supplement2 ini bukan sahaja untuk memastikan kuantiti susu ummi cukup buat anak ummi, tapi yang LEBIH PENTINGNYA SUSU UMMI BERKUALITI BUAT BEKALAN ANAK UMMI...


So, pilihan di tangan kita...kita yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik buat anak2 kita...jika kita sentiasa memilih baju yang bagus2 untuk anak kita, membelikan permainan yg mahal2 demi melihat keseronokan dan tumbesaran anak kita berlaku dengan baik, sanggup juga membeli perhiasan seperti gelang emas dan sebagainya untuk mencantikkan anak kita, adakalanya kita sering terlupa untuk mengeluarkan sedikit wang untuk MEMASTIKAN KESIHATAN ANAK KITA TERJAMIN...dan, bagi diri ummi, apa yang paling penting dan membahagiakan ummi adalah apabila melihat anak2 ummi membesar dan sihat seiring dengan keperluan badannya sehari2...


Kerana itu, ummi memilih, mengamalkan SET B + ESP + PERFORMANCE DRINK + OSTEMATRIX bagi memastikan anak ummi, Qistyna yang masih menyusu sepenuhnya dengan ummi mendapatkan segala khasiat yang di perlukan olehnya...


Dan ummi memilih meal shake buat anak sulung ummi, Syasya (Syasya tak berapa lalu nak makan ESP)..juga untuk memastikan zat dan nutrien yg di perlukan olehnya lengkap...(Akan datang ummi nak cuba bagi Omega pulak kat syasya)...


Dan mengapa ummi memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli perkara2 di atas?????
KERANA SESUNGGUHNYA UMMI SANGAT2 SAYANGKAN MEREKA DAN KESIHATAN MEREKA ADALAH SANGAT PENTING BUAT UMMI...


BAGAIMANA DENGAN KALIAN???TEPUK DADA TANYAKAN KEHENDAK KITA...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
10 Ramadhan...

Khamis, 19 Ogos 2010

Sekadar Perkongsian di Bulan Ramadhan...Masya allah!!!!

Salam...mungkin entry ini ummi tuliskan sgt2 berlainan daripada entry2 ummi sebelum ini...ummi baru sahaja menerima satu email yg di forwardkan kepada ummi hasil daripada LAMBAKAN KES PERZINAAN DAN PEMBUANGAN BAYI SEJAK AKHIR2 INI...malahan ummi sendiri menjadi sgt takut mengenangkan betapa manusia di era alaf baru ini semakin bersifat 'kebinatangan' dan lebih kejam dan jahat daripada manusia zaman jahiliyah dahulu...(Mudah2an sama2 kita berdoa semoga zuriat kita tidak termasuk dalam golongan ini..aminnnn)...bertambah takut bila melihat manusia kini tidak lagi mengindahkan samada bulan ramadhan atau bulan apa untuk meneruskan perbuatan jijik ini...(Subhanallah...Merdeka jatuh dalam bulan ramadhan ini, adakah mereka akan memenuhkan malam tersebut dengan beribadat kepada allah(malam merdeka tu hari ke 21 ramadhan dan 10 hari yg terakhir dlm bulan ramadhan kita di galakkan beribadat lebih dan mencari malam lailatul qadar) atau pesta seks akan di jalankan sebagai menandakan MERDEKA????Ya Allah...ngerinya ummi memikirkan kerana jika bala di turunkan oleh Allah atas kemurkaan Nya bukannya hanya kpd mereka sahaja tetapi mungkin tempiasnya ke atas kita juga...contohnya Tsunami...Mungkin bencana ini adalah teguran Allah ke atas mereka tetapi turut terkorban adalah insan2 yg tidak berdosakan...Ya Allah!!!!

So, berikut ummi forwardkan email yg ummi terima tadi :-


1. Saya agak terperanjat apabila posting atau kenyataan saya mengenai punca berlakunya gejala buang bayi pada hari ini masih ditempelak. Sebahagiannya marah - marah kerana saya mengaitkan Malam Sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Malam Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara sebagai antara detik mulanya episode kejam ini iaitu buang bayi .



2. Sebahagiannya secara sinis mempersoalkan kenyataan saya dengan bertanyakan bukti . Sememangnya saya tidak mengemukakan bukti dalam posting saya terdahulu kerana menyangka perkara ini telah diketahui umum . Penyakit sosial dalam negara kita kini telah diketahui oleh semua dan hampir semua mengetahui apakah punca - punca utamanya selain faktor - faktor sampingan yang lain .


3. Saya akui , bukanlah semua penzinaan itu berlaku pada malam sambutan Tahun Baru atau malam Sambutan Hari Kekasih dan juga malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan . Tetapi detik - detik perayaan dan sambutan yang diraikan ala barat secara tidak terkawal pada perayaan Tahun Baru , Hari kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan tersebut tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah antara penyumbang besar kepada berlakunya penyelewengan sosial dan akhirnya terjerumus dalam kancah penzinaan .


4. Antara faktor lain yang telah saya sebutkan dalam posting - posting saya terdahulu bahawa ia hadhir dari satu kepincangan sistem yang kini sukar dibaiki setelah ianya jauh menyeleweng dari jalan Allah swt. kecuali menukar sistem dan peraturan yang melibatkan cara hidup agar melandasi syariat dan pedoman Rabbani [ wahyu Allah ] .


5. Antara faktor - faktor lain seperti :


Lambakan filem dan bahan lucah dipasaran


Laman - laman lucah di intenet tanpa sekatan


Kurangnya didikan agama atau moral yang berkesan


Keretakan hubungan keluarga dan rumahtangga


Pergaulan bebas dan hidup liar tanpa tanggungjawab


Budaya Hedonisme dan bebas agama


6. Sementara apa saya sebut mengenai sambutan Tahun Baru , Hari Kekasih dan Ulangtahun Kemerdekaan dalam negara kita adalah menepati salah satu dari punca yang dikenal pasti . Kali ini , bolehlah saya mengemukakan sedikit asas kenapa saya menegaskan demikian . Jika masih juga belum memadai , maaflah saya mohon , kerana saya pun tidak banyak masa untuk mengulas perkara yang telah diketahui umum .


a] Sambutan Malam Tahun Baru


Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .


Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]


Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .


Laporan Berita Harian [1 January 2009]


Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .


Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]


Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru . Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.


Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]


Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru .Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]


Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam . Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah . Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata" . Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]


b] Sambutan Hari Kekasih


Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil .


Utusan  Malaysia [ 10 februari 2007 ]


Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata : Kira - kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu .


Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]


Baru - baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih , apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita . Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat !


Laporan Harian Metro [ 14 Feb 2010 ]


7. Ya Allah ! banyak lagilah bukti dan laporan atau statistik yang boleh ditulis . Tapi cukuplah saya tunjukkan 2 atau 3 fakta tersebut dan lihat sahajalah pada angka yang terlibat sudah cukup meresahkan dan membuktikan ianya suatu yang parah . Kalau tak cukup lagi , lain kali lah saya tulis . Mungkin lepas Ramadhan nanti sebab masih banyak ibadah khusus yang saya mahu lakukan . Mungkin juga sahabat - sahabat boleh tolong sambung . Semua orang tahu lah perkara ini atau ada orang sengaja buat - buat tidak tahu . Apa boleh buat !


8. Lagipun pagi ini saya nak berlepas ke Kedah untuk menyertai Munaqasyah ucaptama Dewan Pemuda PAS Pusat di Zon Utara [ Kedah dan Perlis ]


9. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan Sidang Meja Bulat bersama dengan Ngo - Ngo dan parti - parti politik yang lain untuk membincangkan perkara ini bagi membantu negara menyelesaikan krisis sosial dan moral yang dahsyat ini pada 22 August 2010 jam 2.00 pm di Anjung rahmat Gombak.


10. Selamat berpuasa . Ramadhan Kareem !


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


sumber: http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28252:statistik-iklim-sosial-negara-parah&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Komen Ummi : Ummi berdoa dan berharap semoga usaha ummi dan kalian semua yang memperjuangkan susu ibu di berikan kepada anak2 kita akan mendidik anak kita bersifat "kemanusiaan" dan semoga anak2 kita menjadi insan soleh dan solehah...Ummi percaya selain kebaikan susu ibu dari segi fizikal dan mental anak, tetapi secara tidak langsung ia juga berkait rapat dengan sahsiah diri anak itu sendiri...malahan mak ummi pernah berkata " Susu Badan itu terhasil daripada adunan KASIH SAYANG, DEKATNYA IBU DENGAN ANAK DAN KURNIAAN TUHAN YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA..dan kebanyakan anak yang menyusu badan adalah anak2 yang cedas, cerdik mental, berjiwa lembut, mendengar kata dan bersifat sopan santun serta tahu menghargai kedua ibu dan bapanya"..


Jadi, sama2 kita terus cuba menyusukan anak kita selama yang boleh dan mudah2an anak kita sentiasa menjadi anak yang membanggakan kita dan soleh dan solehah...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Mengapa ianya sangat istimewa???

Salam...maaf semalam ummi tidak sempat menulis sebarang entry di blog untuk perkongsian...actually, lps solat terawih,konon2 nak duduk rehat jap kat kerusi panjang smbil tgk tv, last2 tv yang tgk ummi...hehehehe...actually, entry yang ummi ingin tuliskan pada hari ini adalah bagi menjawab email yg ummi terima daripada seorang sahabat ummi yang masih teragak2 untuk mencuba set breastfeeding shaklee ni...antara soalan yang di tanya,mengapakah set breastfeeding ini sangat istimewa bagi diri ummi sendiri...


MENGAPA UMMI KATAKAN SET BREASTFEEDING INI SANGAT ISTIMEWA BUAT UMMI???
(SET BREASTFEEDING yang ummi amalkan :- Multivitamin @ Vitalea + Vitamin B Compleks + Vitamin C + Alfalfa (6 biji sehari) + ESP + Performance Drink + Ostematrix) = RM 100(SET B + 120 biji Alfalfa) + RM 121 (ESP) + RM 66 (Performance Drink) + RM 49.00 (Ostematrix) = RM  336.00.


BERBALOIKAH???APAKAH YANG UMMI DAPAT???


1) Susu menjadi pekat dan kekuningan (seperti kolostrum) - kesan Protein Dan B Compleks.


2) Anak cepat kenyang  dan berat anak naik memberangsangkan - kesan ESP.


3) Kuantiti susu meningkat - Jika dulu, satu sessi hanya dapat 5-6 oz...sekarang satu sessi perahan boleh dpt 8-9 oz...- kesan Set B + ESP


4) Badan rasa tak letih, bertenaga dan kurang mengantuk.


5) Kekal bertenaga dan tidak mengalami dehidrasi terutama di bulan ramadhan - kesan Performance Drink + ESP


6) Period pain (senggugut) hilang dan susu kekal banyak dan tidak drop langsung - penambahan ostematrix semasa period.


7) Anak sgt2 jarang demam, selsema dll ( sepanjang 9 bulan alhamdulillah baru sekali demam itupun sehari sahaja) - dan sekiranya esok anak nak kena suntikan imunisasi yang biasanya akan menyebabkan demam. ummi pastikan ummi makan vitamin c 2 biji dan alhamdulillah, setakat ini anak tak demam...- kesan vitamin C.


8) Mood ummi baik dan terkawal serta ummi perasan ummi mudah berfikiran positif dalam menghadapi satu2 perkara - kesan vitamin B Compleks.


9) Anak senang di urus dan jarang meragam (cukup susu, badan sihat dan otot2 badan pejal)


10) Masalah suami isteri selesai dengan baik- kesan alfalfa.


11) Kulit terasa cerah, semakin berseri dan kurang pigmentasi (perasan la ummi ni, hhehehe) - kesan ESP.


12) Jarang merasa haus dan dahaga keterlaluan walaupun cakap dalam court berjam2 non stop - kesan performance drink.


13) Dapat buat tandem nursing untuk anak sulung ummi (3 Tahun) sbb stok susu banyak dan anak ummi kata...Susu jadi sedap...


14) Sistem perkumuhan ummi bertambah baik...kalau dulu kerap sembelit - kesan alfalfa + pengambilan air yang banyak...


15) Keputihan menjadi berkurangan.


16) Gizi pemakanan - vitamin dan mineral menjadi seimbang (walaupun ummi kadang2 terskip waktu makan) - kesan pengambilan multivitamin.


17) Anak jarang kembung dan tidak pernah cirit birit sejak lahir.


18) Susu jarang drop walaupun sehari suntuk ummi di opis banyak kerja - (Biasanya kalau ummi rasa susu berkurangan, ummi akan tambah pengambilan ESP dan kebiasaanya cepat je breast penuh...)


19) Kalau nipple melecet, berdarah dll mudah sembuh - kesan vitamin c.


20) Paling Penting sangat2 membantu ummi mengekalkan kesihatan ummi dan anak ummi - setakat kalau setakat selsema, sakit tekak dan demam yg ringan ummi ubati dengan tambah pengambilan vitamin c dan ambil air suam yang banyak.


SO, ADAKAH DENGAN 20 KESAN BAIK YANG UMMI CATATKAN INI UMMI RASA RUGI MENGELUARKAN DUIT????JAWAPAN UMMI TIDAK...


Dan, ummi selalu terfikir jika ummi sanggup mengeluarkan beratus2 ringgit membeli barang kemas, make up, handbad dan segala mcm keperluan ummi, adakah ummi masih tidak mahu mengasingkan sedikit duit belanja ummi demi kesihatan ummi dan anak2 ummi...dan buat ummi dengan pembelian vitamin shaklee atas satu2 tujuan pada awalnya tetapi lihatlah sendiri, betapa banyaknya bonus tambahan dari set breastfeeding ini yang kita perolehi tanpa kita sedari walaupun niat asalnya untuk breastfeeding semata2...


Kerana itu, setelah ummi sendiri mencuba set ini ke atas diri ummi sendiri, tanpa teragak2 ummi berani katakan bahawa SET BREASTFEEDING SHAKLEE INI SANGAT ISTIMEWA DAN BERBALOI2 DAN SETIAP PELABURAN YANG KITA KELUARKAN BUKANLAH DENGAN SIA - SIA SAHAJA...


Jika kalian juga ingin cuba menggunakannya, sila contact ummi di 0123975808 dan jika kalian suka membayar menggunakan kredit card...sila sms kepada ummi nama, no telefon, alamat dan pesanan kalian kepada ummi untuk ummi forwardkan maklumat tersebut kepada pihak shaklee...


Dan. ummi doakan kalian yang telah dan bakal menggunakan supplement dr shaklee ini akan turut mendapat kebaikan seperti ummi...insya allah...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
10 Ramadhan...

Rabu, 18 Ogos 2010

Testimonial SET A...

Salam...hari ke 8 Ramadhan...alhamdulillahh..ummi rasa sgt gembira hari ini kerana kebiasaannya ummi akan menerima testimonial bg set b(breastfeeding)...tapi julung2 kalinya, ummi mendengar  testimonial bagi set A yang sangat2 mengujakan ummi untuk berkongsi pula dengan kalian...


Secara asasnya, SET A adalah di peruntukkan bagi mereka yang ingin maintainkan kesihatan di tahap optimum...sungguhpun begitu, ianya juga sangat sesuai bagi mereka yang sedang HAMIL...actually, hari ini ummi ingin ceritakan  testimonial yang baru sahaja ummi dengar dr sahabat ummi sendiri...

Testimonial SET A


Sedang ummi membelek2 email ummi di komputer, salah seorang sahabat ummi yang menggunakan trial pack SET A menghampiri ummi...beliau sedang hamil anak pertama beliau dan semasa mengandung ini, beberapa kali beliau di tahan dalam wad berikutan darah tinggi yang naik secara mendadak...runsing dengan keadaan tersebut, kebetulan dia mengetahui bahawa ummi ada menyediakan trial pack2 shaklee...dan dengan nada runsing, sahabat ummi telah minta pandangan ummi sekiranya ada antara set2 yang ummi sediakan tersebut boleh membantu keadaannya..Oleh itu, ummi syorkan set A kepadanya..


Berikut perbualan ummi dengan sahabat ummi tersebut:-


Sahabat Ummi : Puan, ada loss pack tak utk b compleks???
Ummi   : Aik...dah habis???Baru 2 minggu...
Sahabat Ummi : Haah...sbb Puan cakap kalau rasa stress atau tegang semacam, ambil b compleks tu 2 bijikan...(Ummi hanya mampu tersengih)...betul jugak...
Ummi : So, sekarang darah tinggi tu dah ok???
Sahabat Ummi : Ajaib...selalu pergi check up mesti tinggi...tapi, semalam pergi check up, buat pertama kali nurse puji sbb bp ok 120/80...tu yang happy sangat tu...
Ummi : Alhamdulillah...selain dr tu, badan rasa mcmana???
Sahabat Ummi : Tu yang nak bg tau ni...kalau dulu, bukan bulan puasa pun rasa letih je...sakit kepala lagi...sekarang ni bulan puasa pun releks je...energetik...dah mcm bateri energizer pulak...tu yang best tu...
(Tersenyum ummi mendengarnya)
Ummi : Alahmdulillah...mudah2an kebaikan ini berpanjangan sehingga melahirkan ye...
Sahabat Ummi : Aminnn...Puan doakan ye....


Syukur ummi mendengar berita gembira tersebut...mudah2an ummi doakan, semua adik2 ummi yang menggunakan trial2 pack ini akan turut memperolehi nikmat dan kebaikan seperti yang di harapkan...So, mari kita lihat apa yang ada dalam Trial Pack SET A :-

TRIAL PACK SET A + free postage mengandungi :-

30 biji Vitamin B compleks

45 biji Vitamin C


30 biji Vita-Lea(multivitamin)


DAN KESEMUA INI HANYA PADA HARGA RM 80.00 SAHAJA...Dan sekiranya kalian berminat untuk menggunakannya secara full package ianya hanya berharga RM 198.00 (termasuk postage)..


BERMINAT???Sila hubungi ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com... mungkin kalian ingin menghadiahkannya buat keluarga atau orang yang kita sayang bagi memastikan kesihatannya sentiasa terjaga...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
8 Ramadhan..

Selasa, 17 Ogos 2010

Benarkah Allah tidak sayangkan saya???

Salam..hari ke 7 ramadhan..alhamdulillah hari ini sejuk sedikit kerana di negeri ummi (utara) dari petang membawa ke malam..hujan sepanjang hari...


Berbalik kepada entry hari ini, padi tadi ummi dihubungi oleh seorang sahabat lama ummi...sepanjang bercakap dengan ummi, tidak berhenti2 menangis bercerita ttg masalah yg di hadapi dan tidak berhenti2 juga berkata "Mungkin Tuhan tak sayangkan aku"...


Terfikir ummi sebenarnya tentang perkara ini...Benarkah Allah tidak sayangkan kita sebagai hambanya...Adakah Allah membeza2kan antara hambanya yang satu dengan hambanya yang lain???Jika ya, mengapa pula sifat Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang????

Bolehkah Allah di katakan tidak sayangkan kita hanya kerana :-


1) Dia tidak mengabulkan setiap permohonan kita?
2) Dia menguji kita dengan masalah atau keadaan yang menyebabkan kita susah atau menderita?
3) Dia memberikan kita ujian demi ujian yang adakalanya kita rasakan bertimpa2?

Tapi, pernahkah kita terfikir???
1) Mengapa ada permohonan kita yang tidak dimakbulkan???
2) Mengapa kita di uji sedemikian rupa???
3) Mengapa semua ujian di timpakan buat kita sahaja???


Dan, cuba kita renungkan semula....MASIH TIDAK SAYANGKAH ALLAH PADA HAMBANYA SEDANGKAN :-

a) Allah 'meminjamkan' kita udara untuk kita terus bernafas di dunia ini bagi meneruskan penghidupan kita..
b) Allah 'meminjamkan ' kita tubuh badan untuk memberikan kita kemudahan melaksanakan tugas kita seharian di muka bumi ini..
c) Allah 'meminjamkan' anak, suami, ibu, bapa dan keluarga untuk kita rasa nikmatnya hidup bekerluarga..
d) Dan yang paling penting, Allah 'meminjamkan' kita nyawa untuk terus hidup di dunia ini....


Adakah dengan semua pinjaman itu, tanpa kita perlu membayar atau mengeluarkan kos, maka kita masih boleh katakan ALLAH MASIH TIDAK SAYANGKAN KITA...sedangkan dengan semua pemberian itu, kita hanya di perintahkan beberapa suruhan yang mudah :-
a) Tunduk dan sujud kepadaNya
b) Lakukan segala suruhannya
c) Tinggalkan laranganNya...


TETAPI, semasa kesenangan kita kecapi, kita lupa bahawa ALLAH SENTIASA SAYANGKAN KITA...dan semasa kita senang...seringkali kita TERLUPA untuk bersyukur dan berterima kasih kepada Nya sedangkan baru kita di uji sedikit, kita dengan mudah melatah dan menuding jari bahawa ALLAH TIDAK SAYANGKAN KITA...


Ummi teringat dalam satu ceramah yang ummi dengar, kita ini di uji dalam keadaan :-


a) Kita mampu menghadapi ujian tersebut...Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu.
b) Allah memberikan teguran kepada kita (mungkin kita terlalu asyik dengan satu2 keadaan sehingga kita terlupa padaNya)...
c) Allah ingin memberikan kita darjat yang lebih tinggi
d) Allah ingin memberikan kita perkara yang lebih baik pada masa akan datang...


Dan semakin kita mendekatkan diri padaNYa, semakin dekat allah pada kita...dan jika kita sebagai manusia biasa jika di rayu oleh seseorang dengan linangan air mata pun kita sudah belas, apatah lagi jika perkara sama kita lakukan di hadapan Allah dalam condition sifat Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...persoalannya, adakah kita memohon atau berdoa dalam keadaan tergesa2 dan sekadar berdoa, atau kita benar2 memohon sepenuh jiwa raga kita sehingga mengalirkan air mata???


Oleh itu, sebelum kita tergamak mengatakan bahawa Allah memang tidak sayangkan kita...fikirkan semula kebenarannya...dan bagi semua customer ummi juga, selepas kalian mengamalkan segala supplement sebagai usaha (samada untuk breastfeeding atau sebagainya), ummi harap jgn sesekali kita lupa untuk berdoa dan memohon kepada Allah untuk mengurniakan segala yang kita hajati...insyaallah akan di makbulkan...


Dan sentiasa lah kita ingat dan renungkan bersama bahawa terlalu banyak nikmat dan kesenangan yang Allah telah pinjamkan kepada kita tanpa kita sedari dan jangan sesekali kita terdetik atau terfikir bahwa ALLLAH TIDAK SAYANGKAN KITA...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
7 Ramadhan...

Isnin, 16 Ogos 2010

Ramadhan dan breastfeeding mother...

Salam ukhuwah...pejam celik pejam celik..hari ni dah masuk hari keenam kita berpuasa...tak terasa masa begitu cepat berlalu...kalau lah bulan ramadhan ini dpt di tahan agar tidak begitu cepat berlalu...kemanisan bulan ramadhan masih belum dapat di capai sepenuhnya tetapi semakin ianya menjauh meninggalkan kita....


Bemacam- macam email dan sms yang ummi terima sebenarnya berkaitan penyusuan dalam bulan ramadhan...dari masalah susu yg semakin berkurangan dalam bulan ramadhan ini sehinggalah ttg rukhsah (keringanan) bagi ibu menyusukan untuk berpuasa...(alamak...sayang oii..ummi bukan ustazah..ummi takut tersilap ttg hukum hakam ni...kalau cakap ttg undang2 tahu la ummi...tapi,demi tidak menghampakan kalian yang bertanya terutamanya...ummi telah merujuk kpd beberapa ustaz dan ustazah yg ummi yakini pengetahuannya dan ummi turut google beberapa tajukyg berkaitan dan semalam ummi pilih beberapa buku yang berkaitan yang mungkin berkaitan dengan persoalan ini...so, let's sharing...

1) Rukhsah ibu yang menyusukan anak dalam bulan ramadhan


Dibenarkan oleh islam dengan syarat ianya hanya kerana si ibu benar2 bimbang akan mendatangkan kemudharatan ke atas diri dan juga anaknya...TETAPI harus diingat ye kawan2..rukhsah diberikan hanya kepada mereka yang benar2 memerlukannya...bukannya menjadikan sebab menyusukan itu sebagai alasan untuk tidak berpuasa...dalam erti kata lain, sekiranya seorang ibu itu telah berusaha menjaga makan minumnya dengan sempurna(cukup segala zat dan nutrien yg diperlukan) sepanjang ramadhan (ketika sahur dan berbuka), rehat yang cukup...minum air yang mencukupi untuk keperluan sepanjang ramadhan...dan si ibu masih tidak mampu dan khuatir tentang diri dan anaknya, maka ketika itulah rukhsah ini di benarkan...

2) Mengapa susu menjadi berkurangan semasa berpuasa?


a) Masalah kekeringan atau dehidrasi
Ini adalah masalah terbesar yang di hadapi oleh kebanyakan ibu2 yang menyusukan anak..antara keadaan2 yang mempamerkan seorang ibu itu dehidrasi adalah rasa dahaga yang melampau, menggigil, letih yang melampau, terasa ingin pitam, pening kepala dan mungkin sedikit loya...Dalam keadaan ini, sebenarnya kebanyakan ibu akan mendapati susunya berkurangan dan semakin menjelang petang masalah ini semakin teruk...


Cadangan : Pengambilan ESP dan performance drink adalah the best way yang ummi sedang lakukan bagi mengelakkan masalah dehidrasi terutamanya dalam bulan ramadhan...

b) Masalah "MIND SET"


Ini satu lagi yang menjadi masalah terbesar dalam menyusukan anak di bulan ramadhan ini...Si ibu mungkin secara sedar atau tidak sedar telah menyimpan satu maklumat di dalam mindanya bahawa 'SEMASA BERPUASA, SUSU AKAN MERUDUM'...inilah masalahnya...oleh kerana minda kita adalah perkara atau tunjang utama yang memberikan isyarat kepada badan untuk menghasilkan susu, secara kita tidak sedar, otak telah memanupulasi badan untuk mengurangkan penghasilan susu dan di sinilah ibu2 akan mendapati susunya akan berkurangan...dan harus diingat ye..mungkin apa yg kita fikir atau katakan itu, menjadi satu doa pula nanti...dan akibatnya si ibu akan menjadi stress dan bingung dan ini akan menjadikan susu semakin berkurangan..


Cadangan : Pengambilan B Compleks membantu dalam mengurangkan stress dan tekanan serta menjadikan minda kita lebih releks...

c) Pengambilan makanan dan minuman yang tidak seimbang


Ini satu lagi masalah yang timbul, di mana semasa bersahur dan berbuka, kita sering mengikut nafsu dan perasaan serta mengenepikan MAKANAN YANG SIHAT...harus di ingat bahawa setiap apa yg kita makan akan mengalir melalui susu badan dan tidak mustahil dengan pengambilan makanan yang banyak menggunakan ajinomoto, kebersihan makanan itu sendiri dan makanan yang tidak memenuhi gizi pemakanan yang seimbang, sedikit sebanyak ianya mempengaruhi penghasilan susu dan kualiti susu itu sendiri...


Cadangan : Pengambilan Multivitamin, Vitamin C dan alfalfa will enrich ur breast milk...

d) Takut mengepam di siang hari kerana takut lapar dan dahaga.


Tahukah kita bahawa konsep asas penyusuan  adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Jadi, bagi memastikan penyusuan ini berterusan dan menghasilkan kuantiti yang sama dan tidak terjejas, pastikan aktiviti mengepam di teruskan seperti biasa. Selain daripada hormon prolaktin yang berfungsi dalam menghasilkan susu dan hormon oksitosin yang berfungsi dalam mengeluarkan susu dari breast, substance lain yang turut ada ialah FIL ( Feedback Inhibitor of Lactation ) iaitu sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di breast. Sepatutnya FIL harus ada minima bagi memastikan susu dapat terus di hasilkan tetapi sekiranya aktiviti mengepam di kurangkan, maka FIL akan terkumpul dengan banyak di breast dan ini memberi isyarat bahawa susu perlu di kurangkan penghasilannya...so, pastikan aktiviti mengepam di teruskan ye, kawan2...


Cadangan : Pastikan jadual pengepaman sebelum ini di patuhi...

e) Pandangan masyarakat dan mitos..


Inilah masalah terbesar kebanyakan ibu2 yang menyusukan...kita akan mudah lemah dengan kata2 orang di sekeliling kita..contohnya "Eh..kesian anak u kan..apa zat yang dia dapat sbb u kan tak makan apa hari ni"...atau " Ishh..cukup ke susu u masa puasa ni???Kesian anak u"...mudahnya kita ter pengaruh dengan kata2 sebegini sedangkan dengan memastikan pengambilan makan dan minum yang seimbang, rehat yang cukup dan air yang banyak, pasti akan mencukupi untuk kita terus mengekalkan penyusuan kita sepnjang berpuasa...


Cadangan : Ambil makan dan minum yang seimbang + kurangkan ais dan pengambilan supplement yg sesuai...(SET B + ESP + Performance Drink)...


Sepatutnya, bulan ramadhan yang mulia ini bukanlah menjadikan satu alasan kepada kita untuk memberhentikan penyusuan..jangan la kita terpengaruh dan bimbang dengan kemudharatan kepada diri dan anak kita, kerana sesungguhnya setiap suruhan yang allah tetapkan ke atas kita pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.




Dan ummi percaya, satu keistimewaan yang dikurniakan kepada kita adalah PAHALA PUASA DAN PAHALA MENYUSUKAN ANAK...dan yang lebih manis lagi ianya dalam bulan ramadhan..pasti ada bonus besar yang allah janjikan buat kita dan satu yang harus kita yakini adalah sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...di samping di kurniakan extra bonus, turut di sediakan kemudahan dan keringanan buat para ibu yang menyusukan anak dengan Rukhsah berbuka sekiranya tidak mampu...alangkah indahnya ciptaan allah dalam sesuatu kejadian itu dan ALANGKAH RUGINYA BAGI MEREKA YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR DAN MENSIA - SIAKANNYA...SELAMAT BERPUASA YE...
 
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..
6 Ramadhan...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails