Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 23 Jun 2010

Saya bekerja tetapi ingin susukan anak sendiri...Apa yang saya perlukan ada????

Salammm...hari ini alhamdulillah...sekali lagi tuhan memberikan kesihatan dan tubuh badan yang sihat untuk ummi terus menaip...Entry hari ini ummi tulis kerana ummi menerima email dari sepupu ummi yang mempunyai anak kecil berusia 2 bulan dan sepupu ummi akan masuk bekerja sedikit masa lagi...berikutan anaknya menyusu badan sepenuh masa,sepupu ummi buntu bagaimana hendak meneruskan penyusuan badan sepenuhnya dan dalam masa yang bekerja...

Harus ummi katakan base pada pengalaman ummi pertama sekali SEMANGAT HARUS LAH KUAT DAN BUKAN SEPARUH JALAN....itulah perkara terpenting yang perlu ada sebelum seorang ibu yg bekerja ingin meneruskan penyusuan ini...Seterusnya,AKAL YANG SENTIASA POSITIF UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK ANAK KITA...maksud ummi, akallah yang merakam dan mengatur programming dalam badan dan sekiranya akal atau otak di programkan untuk menyusukan anak selama mana yang boleh...insya allah..ummi yakin pasti berjaya...

Ok..bagi ummi inilah antara gadget kepunyaan ummi sebelum ummi melangkah semula ke pejabat selepas habis cuti bersalin...

1) Breastpump-ummi memang tak pandai perah pakai tangan (kaedah marmet)...so ummi sangat perlukan breastpump untuk menjalankan aktiviti mengepam di opis...So, ummi pernah ada (try n error) breastpump jenis pureen battery(2 biji),pureen manual,Farlin battery,Avent isis manual dan spectra 3...wow...banyaknya breast pump ummi kan....sbnrnya ummi try n error...semua breastpump tersebut sesuai utk ummi cuma sbb ummi ni 'pengepam tegar' so, jenis pureen battery dan manual,Farlin battery adalah pam2 yang tak tahan jika di gunakan tahap melampau...motornya cepat rosak...dan battery tak tahan lama...harga2 kedua2 pam ini sekitar RM 100 lebih...so, skrg ummi sepenuh masa menggunakan spectra 3 yang menggunakan elektrik sepenuhnya...agak berat tetapi boleh menggunakan double pumping...menjimatkan masa...ummi sgt sukakan pam ini cuma kelemahannya jika tmpt yg takde power point(tp boleh beli car adaptor)...so, ummi standby satu lagi pam iaitu avent isis manual...pun best dan berbaloi2...harga spectra 3 sekitar RM 389.00 kalau tak silap dan avent isis sekitar RM 200 lebih.

2) cooler bag dan ice pack-ini satu lg gadget yang wajib ada sbb susu yg di pam akan bertahan sehingga waktu balik (tak risau jika opis takde peti ais atau blackout)...buat masa ini ummi pakai cooler bag dr mom's little one dan ais pack jenis moms little one juga...ummi beli sbb bag ni kecil dan mudah di bawa...semasa beli dijual secara package iaitu cooler bag+ais pack 3 ketul+ cover aispack+6 biji botol mlo...harganya sekitar rm 140.00. Tapi kalau nak murah boleh la beli cooler bag jenis simple dimple ianya cuma sekitar belasan ringgit sahaja...(nak tau lbh lanjut ttg gadget no 2 ni bleh email ummi sndiri)...

Ummi rasa inilah perkara2 yang terpenting yang diperlukan untuk ibu bekerja yang ingin meneruskan penyusuan badan sepenuhnya...selebihnya...mengepam secara teratur(boleh check kat entry sebelum ini cara2 ummi mengepam) dan berdoa lah kepada tuhan untuk memudahkan urusan kita...buat masa ini ummi sgt2 happy kerana masih bertahan dan berjaya menyusukan qistyna sepenuhnya walaupun ummi bekerja...

So, ummi rasa cukuplah setakat ini dahulu...ummi sambung di lain masa...untuk entry seterusnya ummi akan tulis dan jwb pula satu lagi email mengenai "bagaimana nak buat apabila ter skip waktu mengepam kerana ia menyebabkan susu terus drop perlahan2...bagaimana ummi lakukan ini(ummi selalu skip waktu mengepam bila ummi sibuk bawa kes dlm mahkamah...takkan nak bgtau hakim suruh berenti sbb ummi nak pam susukan...hehehe...tunggu k...nanti ummi sambunggg...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

2 ulasan:

  1. WAhhhh ada blog takmo habaQ kat kita noo. Kak Nadia kalau ada yg dpt bantu ibu di luar sana saya copy rite ye..thanks!

    BalasPadam
  2. Huhuhu...sori ler alonggg...bukan takmo habaq...luperrrr...tapi daku tak lupa kamoooo...boleh je,dik...silakannnn...

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails