Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 4 Januari 2012

Apa harus saya lakukan apabila susu merudum???

Salam sayang semua...SUSU MERUDUM..perkara biasa yang sering terjadi kepada seorang ibu yang menyusukan anak apatah lagi bagi ibu yang bekerjaya. Sesiapa juga boleh mengalaminya tak terkecuali ummi yang cuma menyusukan anak melalui kaedah mengepam semata2...apa yang harus di buat apabila situasi ini berlaku???


Seringkali keadaan ini berlaku apabila bayi mula mencecah umur 6 bulan ke atas.Semasa ini bayi mula mengenal makanan separa pejal dan kebiasaannya si ibu mula menyedari susu yang di perah akan mula menunjukkan tanda2 pengurangan...walaupun ini tidak berlaku kepada semua ibu, tetapi hampir kebanyakan ibu mula resah dengan keadaan ini. Pada masa ini, tekanan akan mula timbul dan persoalan mengenai jumlah susu yang di perahkan mencukupi atau tidak untuk menampung kehendak si bayi. Ada segelintir ibu yang mengambil jalan ringkas dengan terus menambahkan susu formula sebagai back up...Tidak adakah jalan penyelesaian bagi mengatasi keadaan ini???


Kebetulan ,ummi ada menerima email2 dan sms yang bertanyakan keadaan ini...Tambahan pula, hampir semua orang tahu bahawa ransangan bagi pengeluaran susu yang paling baik adalah menerusi hisapan bayi. Maka, apakah yang akan berlaku sekiranya keadaan ini berlaku keatas seorang Expressing Mother (EP MOM) seperti ummi???


Sejujurnya, ummi juga pernah melalui situasi yang sama...Tetapi, ummi sebagai EP MOM tetap berpegang kepada konsep asas penyusuan iaitu SUPPLY BASE ON DEMAND..apa yang ummi faham, kekerapan mengosongkan payudara pasti akan menghasilkan pertambahan susu secara berperingkat2..visi dan misinya tetap sama cuma mungkin cara dan kaedahnya sahaja yang berbeza...


Bagaimana ummi menghadapi masalah ini :-


1) Jangan panik atau stress kerana kedua2 perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu.


2) Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik2 susu.


3) Make sure setiap pengepaman selesai dengan pengosongan payudara (cara terbaik adalah dengan cara memicit2 di keliling payudara secara perlahan).


4) Jangan sekali2 terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula (melainkan benar2 perlu) kerana apabila ada jalan mudah, maka si ibu tidak akan bersungguh2 utk memperbanyakkan susunya semula.


5) Cuba cari masalah utama akibat dari kekurangan susu yang berlaku (Cth kerap terskip jadual mengepam, kurang mengepam, stess dll). Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya...(Contoh: Jika kita kerap terskip jadual megepam, maka kaedah seperti power pumping atau menyusun semula jadual pengepaman boleh di lakukan semula).


6) Periksa diet harian anda samada ada sebarang kekurangan dalam pola pemakanan yang mungkin mempengaruhi jumlah pengepaman..(Contoh jika kurang protein, tambahkan pemakanan yang berasakan protein ke dalam menu harian)-**Jika sukar, alternatifnya (jika ummi) tambahkan pengambilan supplement seperti Energizing Soy Protein yang tinggi kandungan proteinnya.


7) Pastikan setiap pengepaman dan pam yang di gunakan benar2 selesa untuk tubuh anda - (jika bagi ummi, pam yang selesa memang mempengaruhi jumlah penghasilan susu).


8) Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila hubungi pakar laktasi yang berdekatan untuk membantu situasi kalian.


9) Amalkan surah2 al kauthar atau zikir seperti Ya Matin bagi menenangkan jiwa dan permohonan secara berterusan dari Yang Maha Esa.


10) Perkara yang paling penting, JANGAN SEKALI2 BERPUTUS ASA dan sentiasa percaya bahawa setiap masalah yang timbul, ada jalan keluarnya...


Dan setelah semua perkara ini di lakukan, rajin2kan diri bangun di waktu tengah malam melakukan solat hajat dan mohon bersungguh2 agar Allah tidak menarik kembali nikmat menyusukan anak yang telah di berikan kerana hanya dengan keizinannya semua yang kita mohon akan di kabulkan.


Anda inginkan konsultasi mengenai pengamalan supplement dan sharing mengenai penyusuan susu ibu???Sms 012-3975808 atau email di nadeeyya_kk@yahoo.com atau add FB (Nadia Khamis)..


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails