Salam sayang semua...kalau nak ikutkan ummi sebenarnya nak share tentang benda lain tapi rasa mcm tertarik pulak bila baca fakta mengenai air kosong ni...oh ya...sebelum ni, ummi dah pernah share satu fakta mengenai kepentingan air ni (wajib baca jika anda perihatin)...boleh baca kat sini...==>KLIK
So, entry hari ni kira mcm sambungan...jom baca sama2...
Air sangat penting kepada kehidupan manusia kerana tiga per empat daripada tubuh badannya dipenuhi dengan bendalir yang sentiasa memberi kekuatan kepada tenaga fizikal dan mental.
"Kami jadikan tiap-tiap sesuatu yang hidup daripada air." (Surah Al-Anbiya' ayat 30)
Allah SWT menjadikan air sebagai keperluan hidup semua makhluk di dunia. Pentingnya air ini bukan sekadar untuk diminum malah untuk digali segala rahsia yang terkandung di dalam air.
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1) Minum empat gelas air (4 X 160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
2) Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
3) Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4) Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5) Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
a) Tekanan darah tinggi – 30 hari
b) Gastrik - 10 hari
c) Diabetes – 30 hari
d) Sembelit – 10 hari
e) Kanser – 180 hari
f) Tibi – 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
source : http://www.kpwkm.gov.my/
So, apalagi...jom kita sama2 try...
**Sekiranya anda ingin mendapatkan sebarang konsultasi mengenai pengambilan supplement atau berkongsi pengalaman penyusuan anda, sila sms ummi di 012-3975808 atau email di nadeeyya_kk@yahoo.com.
Disclaimer : Setiap manusia di jadikan Allah berbeza2...oleh itu, kesannya berbeza2 antara satu sama lain...ada yg cepat dan ada yang lambat...dan mohon tidak menyalahkan produk ini(shaklee) kerana reaksi badan manusia yang berbeza...Terima Kasih...Oleh itu, sebelum mencuba sesuatu produk, sila dapatkan nasihat dari ummi (jika beli dr ummi) atau pengedar anda...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan