Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 30 Jun 2010

PLEASE HELP!!! SAYA NAK ANAK!!!!

Salam...sekali lagi bersua kita di alam maya...syukur allah memberikan kesihatan yang baik kepada ummi untuk terus menulis...entry kali ini ummi tulis khusus untuk teman ummi nun jauh di terengganu...teman ummi ini ada bertanyakan tentang vitamin yang sesuai untuk dia yang sudah berkahwin selama hampir 3 tahun..dan soalan2 mengenai anak sering mengganggu emosi teman ummi ini...

Tersentuh hati ummi melihat anak2 yang di buang di tepi2 jalan,dalam tandas dan sebagainya...saban hari berita2 ini macam menjadi satu berita wajib dan alangkah kejinya mereka yang tergamak melakukannya...sedangkan dalam masa yang sama ramai di luar sana yang sangat menginginkan anak tetapi belum rezeki mereka...

Berbalik kepada masalah teman ummi tersebut...jawapan ummi ada 4 jenis vitamin yang sgt sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kesuburan...tapi harus ummi ingatkan vitamin ini bukan di makan oleh sebelah pihak sahaja tetapi perlukan kedua2 belah pihak...di samping menambahkan kesuburan ia juga mengekalkan daya ketahanan badan sehari2...so, ibaratnya buy 1 free 1...

4 jenis vitamin yang ummi maksudkan tersebut ialah b compleks, multivitamin, vitamin e dan zinc...apakah relevennya ummi mengesyorkan vitamin2 ini...di sini ummi huraikan satu persatu secara ringkas dan jelas :-

1) Zinc - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan...

2) multivitamin - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Compleks - paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

Apa yang ummi huraikan di atas hanya lah bersifat umum sahaj...sebenarnya setiap vitamin itu sangat banyak kesan positif apabila di amalkan...terpulang kepada diri sendiri memilih hanya yang terbaik untuk diri kita...

Dan, ummi pernah di tanya mengapa ummi tidak sediakan vitamin2 dia atas dalam bentuk trial pack???Ini kerana faktor kurang subur bg setiap manusia itu berbeza..dan masalah kesuburan juga mempunyai banyak sebab yang sukar di huraikan secara terperinci...Sekiranya anda terdiri daripada golongan yang memang normal(tiada masalah dari segi kesuburan-stlh check dgn pakar) dan ingin mencuba vitamin2 yg ummi syorkan silakan...ummi sedia membantu...dan nasihat ummi yang paling penting selain daripada makan vitamin jangan sesekali kita lupa untuk memohon kpd yang maha esa...kerana hanya dia sahaja yang berhak mengabulkan doa kita kerana dia telah menciptakan setiap sesuatu kejadian itu dengan sebaik2nya...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Perkongsian ilmu-zihar

Salam...syukur ummi panjatkan ke hadrat ilahi kerana memberikan ummi kesihatan untuk ummi terus menulis di blog ini...Mungkin ada yang tertanya2 apakah maksud tajuk yang ummi tuliskan tersebut...


So ,hari ini ummi ingin berkongsi satu cerita...ummi yakin bagi semua yang telah berkahwin maybe ada yg sinonim dgn perkara ini dan tidak kurang yg tidak tahu langsung...so, di sebabkan ianya sgt penting dan boleh membawa kesan yang lbh besar...ummi ingin kongsikan bersama...


Pagi tadi,ummi terima satu panggilan dari sahabat baik ummi...nun jauh di kl duduknya...ummi terkejut kerana kwn ummi ni bercakap dgn nada yg sgt tak jelas..berselang seli dengan esak tangisnya...so, ummi ringkaskan di sini bentuk perbualan ummi tersebut...


Kwn : Nadia...habis la akuuu (sambil menangis tersedu2)
Ummi : Kenapa...ya allah jgn kelam kabut...cakap perlahan2..
Kwn : Aku takut la...suami aku ada cakap sesuatu tadi...aku takut itu "zihar"...
Ummi : Ok...mcmana lafaz suami kau tu???
Kwn : Suami aku cakap...(lepas aku potong rambut)..cantiknya style rambut awak ni..."Macam rambut mak saya masa di muda2 dulu"..alaaa...nadia...aku takut la...tu zihar ke...
Ummi : (Berfikir)...rasanya mcm tak jatuh zihar...tp aku try tanya kwn aku yg lebih arif pasal hal ni...


Selang 20 minit..shabat ummi call ummi lagi...dh mcm cacing kepanasan dia..


So, inilah jwpn secara ringkas ttg permasalahan sahabat ummi tersebut...alhamdulilah..tak jatuh zihar walaupun samakan dgn rambut ibunya...
Mengapa???Kerana rambut adalah bukan anggota badan...dan rambut juga boleh berubah...(panjang atau pendek)-tidak bersifat kekal...


So, base pd cerita tersebut, ummi explain sedikit ttg zihar...zihar ni maksudnya menyamakan anggota tubuh isteri dengan ibu suami...contoh..."Eh...hidung awak ni mancung la macam mak saya"...kedengaran mcm biasa ayat ni ttp menyamakan isteri dgn anggota kekal ibu...maka jatuh lah zihar...dan apabila jatuh zihar hendaklah di asingkan(tak boleh duduk serumah dsbnya)-mcm bercerai tp bukan bercerai..dan hukumannya sgt berat...hendaklah berpuasa selama 3 bulan berturut2...(tak boleh senggang walaupun sehari)...jika tak mampu memerdekakan hamba (mana nak cari hamba zaman ni) dan jika masih tidak mampu boleh la memeberi makan org miskin (tak ingat berapa org)..dan bukannya boleh terus choose pilihan ketiga...wajib cuba dahulu ikut urutan pertama,kedua dan barulah ketiga...tu dia punya dasat...kadang2 ada antara kita yang tak tau pun kan...


So, mungkin ada kekurangan...ummi pun cerita base pd pengetahuan ummi secara ummum sahaja...kena tanya pada yang lbh arif jika ingin tau lebih lanjut...maaf jika tersilap maklumat...sekadar berkongsi...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 29 Jun 2010

Apa yang penting selepas bersalin????

Salammm...hari ni ntah nape ummi mmg kalau ikut2 hati malas nak menaip...sbb mata mengantuk cepat la hari ni...tapi sblom ummi zzzz...ummi tunaikan juga hasrat cousin ummi yang hampir bersalin...dia sibuk cari set bersalin yang sesuai..yang mana yang terbaik...sbb dia pening tengok banyak sgt set bersalin kat pasaran...pastu mahal2 katanya...semuanya harga 100 ke atas...sibuk dia tanya ummi ada ke set bersalin yg tak buat baby kuning???dan yang penting dia tak yah telan benda2 pahit mcm akar2 kayu etc...(mmg penakut mkn ubat cousin ummi ni...)...

So, bagi semua jwpn persoalan di atas...ummi merasakan set bersalin yang di tawarkan oleh geng2 ummi ni adalah yang paling murah dan sangat2 bagus...(cuma bengkung kena beli sendiri)...nanti ummi tanya N...lps ni dia nak buat ke set bersalin dgn bengkung...hehehehe...ala...kadang2 lbh baik beli bengkung sendiri untuk kesesuaian tubuh kita...

Berbalik pada pengalaman ummi...sblom ini dua2 kelahiran anak ummi mmg ummi beli set bersalin (Tetapi berasaskan herba-rasanya kebanyakan set bersalin semuanya base dia herba)...mmg bagus untuk badan...ummi tak nafikan tetapi jika kita menyusukan anak...confirm anak kuning...ummi mmg serik la beli set bersalin dr luar ni..baru nak makan ubat nya(utk recover badan) dahhh..anak ummi kuning pulak..tak pasal2 kena tahan wad...dah satu kerja nak kena hantar susu perahan tiap2 hari...

Last2 set bersalin ummi tu tak berusik langsung...(rugi2,beli mahal2 tak guna pun)...pastu sbb ummi tak makan apa2 ubat (sbb nurse kata anak u kuning,jgn makan jamu atau ubat herba dulu ye...hampeh..last2 tak makan langsung...huhuhu..padan muka ummi)...so, ummi lambat recover dr sembuh operation...dan yang lbh mengerikan ummi hampir nak kena meroyan...vitamin tak makan kan...ishh.ishh..mujur mak mertua ummi yg sgt baik tu panggil tukang urut utk betulkan balik urat saraf ummi ni dan ksudahannya padan muka ummi kena bebel sbb tak ambil apa2 vit/ubat utk recover badan semula...

So, base pd pengalaman ummi...nasihat ummi, lbh baik cari produk yg berbentuk vitamin dan bukan herba...so, start lps bersalin dah boleh ambil dahh...mmg tersangat bagus utk org yg lepas bersalin...

Di sini ummi mmg syorkan set bersalin shaklee yang di datangkan dalam 4 jenis vitamin terbaik untuk recover semula badan dan yang lebih best sbb ianya cuma RM 100.00.Meh ummi citer sikit secara ringkas apa yg ada dlm set bersalin shaklee..

1) Vitamin B Compleks
Pentingnya vitamin ini lps bersalin kekadang dgn tension anak melalak,mana nak urus badan sendiri lagi dan kadang2 tak cukup tido...huhuuhu so, vitamin ni berfungsi untuk menstabilkan hormon dalam erti kata lain agen penenang(bagus ni kalau stress)...so, ia dapat mengawal dari berlakunya kemurungan dan lebih buruk lagi meroyan(Nauzubillahiminzalik!!!)...

2) Vitalea (Iron formula) atau multivitamin
Vitamin ni pulak penting sbb lps bersalin sure darah banyak hilang...so, utk cover balik, iron yang terdapat dalam vitalea ini sangat bagus untuk recover semula badan kita yang telah kehilangan banyak darah semasa melahirkan...

3) Vitamin C
Vitamin C ni pula sangat penting untuk membentuk kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka (lg2 yg bersalin c-section...dan yang paling penting vitamin ni memperbaiki tisu2 sel yang rosak sbb bersalin (ummi selalu dengar org cakap bila bersalin banyak urat yang putus...huhuhu)...so, vitamin C ni mmg penting la kannn...

4) Zinc
Zinc ni lagi penting sbb utk mempercepatkan pembaikan luka2 dalaman khususnya dalam rahim sendiri...dan yg bonusnya zinc ni membantu utk mengatasi masalah kedinginan slps bersalin..bestkannn..

So, bg ummi set ni mampu dibeli oleh semua org dan sangat berbaloi2...anak tak kuning...badan cepat recover balik...dan untuk yang menyusukan badan boleh la tambah dgn alfalfa untuk boost lg milk supply...kan kena wat stok banyak2 masa pantang...senang dah kerja nanti...

Ummi rasa cukup la dulu ummi citer ttg set bersalin ni...sbb mata ummi dah ngantuk sgt...esok dah ada setimbun fail kes yang ummi nak kena check sblom ummi masuk court...apapun...bagi ummi...kita berhak pilih yang terbaik utk diri kita...dan hak itu sentiasa ada di tangan anda...tetapi bagi diri ummi...ummi pastikan ummi pilih yang terbaik, estblish,testimonial yang menggembirakan dan yang paling penting SANGAT MURAH DAN BERBALOI untuk 4 jenis vitamin yang penting utk badan recover semula...ok lah...sampai sini dulu,jumpa lagi esok...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Isnin, 28 Jun 2010

Mampukah aku menyusukan anakku????

Salamm...seperti biasa syukur ummi panjatkan ke hadrat tuhan kerana terus memberi peluang kepada ummi untuk berkongsi sesuatu dengan kalian..mudah2an setiap apa yang ummi kongsikan ini akan memberikan sedikit sebanyak input yang dapat memberi kebaikan kepada kalian...

Hari ini ummi menerima satu email dari seorang lagi adik ummi yang mesra ummi panggil sebagai nomi...ummi kenali beliau di alam maya dalam satu forum khas untuk ibu2 mengandung...berikut email yang ummi terima dari nomi...

salam kak..

saya siti normah atau dikenali dgn nama nomi di mengandung.com..saya dapat email akak di m.com n saya ada ikuti blog akak.

sekarang sy peknen anak ke-2 baru 10wks..masa anak sulung, saya xdpt bf anak sy..pada awlnye saya mmg berazam utk bf anak.. tetapi semasa di hospital (private hospital), nurse tlh memberikan susu tepung. jadi, bila pulang ke rumah, anak saya xnk susu bdn langsung.
saya kesal kerana tidak berjaya menyusukan anak walaupun sedikit..

saya berazam utk susukan anak ke-2 sy nanti..tp saya dihantui perasan risau jika berlaku perkara seperti anak sulung sy..apa perlu saya lakukan ye sebagai bersediaan utk pastikan anak sy nak menyusu bdn nnt..

harap akak dpt membantu..tq...


ok...ummi akan jawab berdasarkan pengetahuan dan juga pengalaman ummi menyusukan syasya dan juga qistyna...Untuk memudahkan ummi bahagikan kepada dua fasa iaitu semasa mengandung dan selepas melahirkan...

Fasa pertama-Semasa Mengandung...

Base pada pengalaman dan pengetahuan ummi semasa mengandung ada 3 perkara penting yang harus di ambil kira iaitu:-

1) Niat yang ikhlas untuk menyusukan anak berpandukan suruhan allah yang menyeru semua2 ibu2 untuk melengkapkan penyusuan sehingga lengkap 2 tahun penuh...(ummi lupa ayat dan surah apa)...Pentingnya niat kerana dari niat,secara automatik otak kita akan menerima signal atau maklumat baru yang terus disimpan ke dalam memori bahawa aktiviti penyusuan akan berlaku sebaik sahaja kelahiran...Dan dari memori terus badan serta merta akan memberi impak yang merangsang kelenjar2 susu untuk menghasilkan susu sebaik tiba waktu kelahiran..

2) Persediaan diri untuk penyusuan sepenuhnya...maksud ummi persediaan fizikal dan mental...bersedia mengharungi apa juga cabaran kerana akan ada cabaran2 di luar sana yang boleh membantutkan hasrat murni kita itu...dan persediaan itu termasuklah membanyakkan selawat dan zikir kepada allah...(doa ibu mengandung ni mustajab tau)...

3) Persediaan fizikal ketika usia kandungan mencecah 7 bulan ke atas...amalan- amalan seperti membersihkan nipple dengan air suam, memicit2 secara lembut di nipple untuk merangsang pengeluaran susu kelak...tujuannya adalah ianya akan membuka liang2 susu supaya lancar dan mengelakkannya dari tersumbat...

Inilah yang ummi amalkan sepanjang tempoh kehamilan ummi dahulu dan syukur ianya berkesannn...

Fasa Kedua-Selepas melahirkan...

Inilah fasa yang sangat mencabar bagi diri ummi...dengan condition ummi yang tidak boleh bergerak kerana kedua2 putri ummi di lahirkan secara ceaser (anak sulung ummi sbb placenta previa + melintang dan anak kedua ummi kerana besar(3.71kg) + songsang)...mmg sgt mencabar...kbtln mak tiri ummi yang jaga ummi di wad(krn mak ummi dah meninggal)..so, kerana ummi tidak boleh bergerak...so, mak tiri ummi la yg suakan anak ummi utk ummi susukan...malangnya sekali lagi cabaran datang apabila kedua2 putri ummi menolak untuk di susukan secara direct(maybe ummi ada masalah inverted nipple)..so, dlm kedua2 keadaan yg sukar itu, ummi terpaksa minta abah belikan pam susu...(hehehe...degil ni...tak nak bg susu tepung)..tp..sementara abah(suami ummi) belikan pam susu, anak sulung ummi semasa itu menangis2 sekuat hati hendakkan susu...ummi buntu,panik dan macam2 perasaan ada...dan ummi terpaksa relakan nurse sorong anak ummi ke kaunter nurse utk di beri susu...Sejam kemudian, abah sampai dengan pam susu jenis pureen battery dan ummi cuba pam...hampir setengah jam ummi pam yang keluar hanya angin...ya allahh...sedihnya ummi...terus ummi capai buku zikir dan bersusah payah turun dr katil utk ambil wudu'(walaupun tak boleh solat tp wudu' boleh)..terus ummi hadapkan wajah ke arah kiblat dan berzikir sambil bedoa sehingga menitik2 air mata ummi sampai basah baju ummi pakai...dan sungguh allah itu sifatnya Maha Mendengar, Maha Pengasih Dan Penyayang...setengah jam kemudian ummi cuba pam lagi dan syukur keluar susu kolestrum yang kekuning2an sebanyak 1 oz...sikit???tp ummi tlh merujuk kpd doktor laktasi ummi, semasa di lahirkan perut baby adalah sebesar kacang peas(keciknya kan)...dan insya allah...susu yang sebanyak itu, cukup utk anak ummi...dari situ,bermulalah aktiviti mengepam ummi...

Tidak ummi nafikan adakalanya anak ummi menangis (sprt ingin susu)...ttp berdasarkan pembacaan ummi bukan semua baby menangis kerana ingin susu(kesiannya kan bg org yg suapkan susu tepung pd baby yg mempunyai perut sebesar kacang peas dan dlm kuantiti yg banyak pula...ish...tak dpt ummi bayangkan)...

Sungguhpun begitu, berbeza dgn keadaan ummi semasa melahirkan anak kedua ummi,qistyna..keadaan ummi sungguh lemah...dan sakitnya tuhan sahaja yang tahu...dua kali ganda sakitnya dr sakit ceaser yg pertama...kebetulan pula anak ummi dimasukkan ke wad kerana kuning yg tinggi..so, hampir 5 hari ummi gagal melaksanakan tggjwb ummi untuk menyusukan qistyna..di rumah, ummi ttp mengepam bagi memastikan kolestrum dpt di berikan kpd qistyna(abah hantar setiap hari ke wad)..dan sebaik shj qistyna balik ke rumah..perkara yang di alami nomi juga di alami oleh ummi...anak ummi refused nak minum susu badan..so, ummi tetap pam dan suakan botol ke mulut anak ummi walaupun dia menangis2 tidak mau sambil ummi letakkan tapak tangan ummi di ubun2 anak ummi...ummi bisikkan di telinganya dengan lembut.."adik..ummi nak bg susu yang terbaik utk adik..adik minum ye, sayang..."ummi buat setiap hari dan tidak putus2 ummi berdoa kepada allah agar ummi di permudahkan dalam penyusuan ini...

Perlahan2 anak ummi akhirnya menerima juga dan sehingga kini jika ada yang cuba2 nak bg susu tepung pd qistyna...terima lah habuannya sbb adik akan muntahkan balik susu tu...huhuhu...good girl...dan ummi notice adik tersangatlah suka kan susu ummi lebih2 lagi sekarang ummi dah ambil energizing soy protein (wah promote..hehehe)...ini betul2 bukan cobaaannn...hehehe...

So, buat nomi...itulah pengalaman akak yang boleh akak share yg mungkin nomi juga boleh turut amalkan...mudah2an berjaya...dan yang paling penting,dik...jgn cepat berputus asa jika kita gagal pd awalnya,disebalik sstu kegagalan itu, ada kejayaan yang manis bakal di perolehi asal sahaja kita berusaha dan berserah kpd yang maha esa...insya allah buat nomi dan juga semua adik2 yang masih belum berpuas hati dengan catatan ummi ini,silakan msg atau call ummi di hp ummi...insya allah jika ummi tidak berada dlm court atau mesyuarat...ummi pasti sedia utk berkongsi pendapat dan masalah dengan kalian...

Buat Nomi khususnya dan semua ibu2 yg sedang mengandung..ummi doakan diri dan kandungan kalian sentiasa dalam perlindungan allah dan allah memelihara bakal2 khalifah tersebut kerana merekalah generasi penyambung terbaik di muka bumi ini kerana ibu2 mereka membuat keputusan yang tepat untuk menyusukan mereka sepenuhnya...aminnn....insya allah...

Sampai jumpa lagi, adios buat masa ini...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Ahad, 27 Jun 2010

Pernahkah kita terfikir???

Salam...syukur alhamdulillah,malam ni anak2 ummi cepat lena..mungkin penat berjalan siang tadi ke shopping mall...so, dapatlah ummi meluangkan masa untuk menulis di blog kesayangan ummi ni...

Petang tadi ummi sempat bersembang dengan sahabat ummi yang ummi panggil dengan gelaran kak ngah...sempat juga ummi bercerita dan selitkan sedikit ttg vitamin yang ummi makan iaitu shaklee...kak ngah dengar penerangan ummi tanpa sebarang komen dan last sekali baru la keluar soalan "Kenapa aku mesti makan vitamin dan kenapa mesti shaklee??"...ummi jwb "kalau aku bg penerangan sekarang jwbnya tak sembahyang zohor la aku..so, malam ni atau esok ko buka baca blog aku k..."

Sebenarnya, sepertimana apa yg berlegar di minda kak ngah begitu juga lah soalan yang selalu bermain dalam fikiran ummi...BUAT APA MAKAN VITAMIN @ UBAT SEDANGKAN AKU SIHAT???

Betul tak selalu ayat ini ada dlm pemikiran hampir semua org...dann..malangnya kerana ayat di atas lah maka kita sering lupa untuk spend sedikit bajet untuk memastikan kesihatan kita sentiasa konsisten..bukan lah ummi ingin melawan takdir...tetapi istilah "mencegah lbh baik daripada mengubati" sangat sesuai pada zaman siber ini...Perkara kedua yang selalu terbenam dlm fikiran setiap org juga ialah "KALAU SAKIT, APA SUSAH...JUMPA JE DOKTOR...DAPAT UBAT"...

Memang benar, tapi pernahkah kita terfikir ubat hospital kebiasaannya kandungannya pasti mengandungi chemical yang tinggi untuk memastikan keberkesanannya dlm jangka masa cepat tetapi apakah kesannya jika di ambil berterusan???Dan lebih buruk lagi sekiranya ianya mengandungi campuran steroid yang sangat bahaya utk long term seperti kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik etc..

Tambahan pula, apabila ummi sakit dan berjumpa doktor...hal2 sebegini sering kedengaran..."Oh..u kurang makan sayuran hijau atau u kena lebihkan buah2an..."..Pernahkah kita terfikir adakah dengan memakan sayuran hijau dan buah2an di tambah dengan ayam atau daging maka kandungan gizi pemakanan kita sudah seimbang???Cuba kita lihat beberapa perkara yang berada di persekitaran atau kehidupan kita sehari2 yang kita tidak sedar antaranya:-

1) Ayam, Daging dan hasil tenusu pada masa ini kebanyakannya melalui proses suntikan untuk memastikan pembesarannya berlaku dengan cepat...Apakah kandungan yang terdapat dalam suntikan tersebut???Selamatkah dan apakah kesannya kepada kita untuk jangkamasa panjang???

2) Sayur2an kini dibubuh baja kimia untuk mempercepatkan pembesarannya dan racun makhluk perosak turut di sembur untuk menghalang ia mengganggu proses pertumbuhan...adakah kita pasti kita mencuci sebersihnya bahan2 yang mungkin melekat di sayur2an yang kita beli??Jika ya, bagaimana dgn makanan yg kita beli di kedai??

3) Buah2an juga mengalami keadaan yg sama seperti sayur2an...dan kebanyakkan ianya di tuai atau di petik sebelum masak sepenuhnya dan di peram menggunakan karbaid atau bahan2 lain untuk mempercepatkan ianya masak..adakah ianya selamat untuk di makan dan adakah kandungan nutrien dalam buah2an tersebut masih kaya dengan vitamin seperti vitamin c untuk melengkapkan diet seharian kita???

4) Makanan2 yang di jual samada dalam tin, segera atau di masak banyak menggunakan pewarna tiruan, perasa tiruan dan bahan pengawet untuk tahan lama...adakah ianya tidak mendatangkan kesan bahaya untuk tubuh badan kita untuk jangka masa panjang???

5) Keadan dan udara persekitaran yang tercemar dengan bahan kimia yang boleh terurai dan tidak terurai mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan kita...

Jadi, dari kesemua faktor di atas, adakah kita benar2 yakin bahawa kita masih tidak perlukan vitamin untuk memastikan badan kita mendapat kesihatan yang optimum tambahan pula bagi ibu2 yang sedang mengandung dan menyusukan anak...(wahh...dah macam hujah ummi dlm court pulak)...Jika, anda merasakan tidak perlu, terpulanggg..tetapi bg diri ummi memang amat2 memerlukannya...tambahan pula dengan pola pemakanan ummi yang ada kalanya bz dan terpaksa mencampurkan breakfast dan lunch dalam satu hidangan (ummi panggil brunch)..So, itulah jawapan ummi mengapa ummi perlukan vitamin walaupun syukur alhamdulillah badan ummi masih sihat...

Persoalan kedua..mengapa ummi pilih shaklee sedangnya ubat doktor ada atau vitamin2 lain yang melambak di pasaran???

1) Perkara paling awal untuk ummi makan sesuatu benda ummi akan pastikan bahawa ianya HALAL...Bagaimana saya tahu ianya Halal???So, oleh kerana ummi ramai teman rapat yang bekerja di JAKIM perkara ini ummi tanyakan kepada mereka dan alhamdulillah memang HALAL...

2) Perkara kedua yang ummi tengok ialah HARGA(hehehe...wajib sbb takut buget lari)..setelah ummi buat perkiraan...sejenis vitamin E (100 i.u) di farmasi berharga rm19.90 untuk 30 capsules. Maka sebijinya berharga RM0.66……Vitamin E Shaklee beserta selenium (400i.u) berharga RM0.99 sebiji… TETAPI keperluan harian vit E adalah 400 i.u. Jadi kalao orang tu consume vit E dari farmasi,dia perlu mkn 4 capsule sehari which cost RM0.66 x 4 = RM2.64 /sehari……So mana yang lebih murah?... dah lah lagi mahal dari vit Shaklee..pastu kene telan sampai 4 biji untuk satu jenis vitamin..larat ke beb? 

3) Perkara ketiga ummi tengok ada tak silica gel...terkejut...takde...mulanya was2 jugak (sebelum ni ummi tau silica gel utk bg sesuatu vitamin tahan lama)...rupanya Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan pembalikan pada tubuh.Ummi tertanya2 kenapa vitamin lain ada silica gel???rupanya vitamin lain mengandungi silica gel untuk menyerap lembapan. Kenapa agaknya? Kerana bila vitamin2 ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.(so, kalau kita terbuang silica gel tu...vitamin tu jadi apa ye???...Contoh yang boleh diambil.. ambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapati sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu. (Subhanallah...apa maksudnya itu???)...

4) Perkara ke empat ialah ummi telek2 bahan2 dlm shaklee ni semuanya di hasilkan dari bahan semulajadi...so, ummi tertarik kerana apa yang ummi inginkan untuk mengekalkan kesihatan adalah sesuatu yg semulajadi(kembali pada kejadian asal)..dan bukan lah berbentuk chemical yang mempunyai kesan yang cepat atau serta merta tetapi memberi kesan yang kurang elok untuk jangka masa panjang...

5) Perkara terakhir kenapa ummi pilih shaklee...ummi nak tanya kalian...antara seorang pekerja baru dengan pekerja lama yang mana kalian pilih??kalau ummi tentu lah yang lama (wahh...dah mcm interview pulak)...sbb hakikatnya manusia perlukan sesuatu benda yang telah establish,testimonial yang berkesan dan "mempunyai nama"..tentulah ummi inginkan sesuatu yang terbaik untuk diri ummi...dan shaklee telah establish sejak tahun 1960an lagi...(Tu dia...punya lamanya)...

So, ummi rasa cukup la jawapan ummi kepada persoalan yang sahabat ummi, kak ngah tanya kan pada ummi tadi (kak ngah,puas tak hati ko???)...hehehe...semua yang ummi jwp ni adalah pendapat ummi sahaja...maybe lain orang lain pandangannya..tetapi tiba2 je ummi teringat iklan yang bunyi "kerana dirimu lebih berharga..." hehehe..apa pun...ummi tak paksa kalian membeli...terpulang kepada kalian...tetapi pernah kah kita terfikir atau muhasabah diri "Allah mengurniakan kita dengan kesihatan yang baik dan adakah kita tergamak untuk mensia siakannya..apalah gunanya harta yang menimbun jika badan tak sihat..."...Dan vitamin sgt penting buat diri ummi untuk kesihatan dan juga mengekalkan tenaga ummi sebagai anak, isteri, ibu, pekerja dan juga hamba allah...sampai sini dulu...jumpa lagi next entry...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Sabtu, 26 Jun 2010

Takde effect ker????

Salammm...seperti biasa sekali lagi ummi panjatkan kesyukuran kerana allah memberikan ummi kekuatan dan kesihatan untuk terus berkongsi dengan kalian...So, ummi pun sedang terfikir2 entry apa yang sesuai untuk ummi paparkan pada hari ini...tiba2 ummi terima sms dari sahabat ummi yang sama yang mana beliau ini sedang mengandung anak sulungnya dan sebelum ini beliau pernah gugur berulang kali atas sebab yang beliau sendiri tidak pasti...(Ummi ada tulis cerita ini dlm entry sblm ini-untuk org mengandung takder kerr???)...

So, antara sms yang ummi terima "Salam,Nadia..hopefully sihat..ttg supplmnt tu aku risau tak sesuai la dgn aku..bahaya tak..ko tau la sshnya nak dptkan bb ni kan...tlg ye..explain more detail pls..."

So, entry kali ini ummi rasa biarlah ummi terangkan dengan lbh lanjut mengenai supplement shaklee yang sesuai untuk ibu mengandung terutamanya yang bermasalah...Ummi akan terangkan berdasarkan pengalaman ummi dan juga sedikit fakta yang ummi pinjam dari blog2 sahabat shaklee ummi...

1) Dari dahulu jika ummi nak beli vitamin atau ubat ummi akan pastikan dlm ubat adanya silica gel(ala...benda bulat2 dlm pek kecil2...)..apa yg ummi tau dan diberi maklumat function benda ni nak bg satu2 vitamin itu tahan lama)..so, sblom ni setiap kali ummi beli vitamin di farmasi or somewhere else ummi akan pastikan benda ni ada..tetapi apa yg ummi lihat vitamin shaklee tidak mengandungi silica gel langsung...mengapa??? Ini kerana Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan songsang pada tubuh. Sebaliknya Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada 'menyerupai vitamin'. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. Ada yang 'menutup' kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya.

Contoh perbezaannya...cuba letakkan sebiji pil vitamin yang anda beli farmasi dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua2 vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal (kecuali B-complex akan berbau sedikit tengik jika dibiarkan dalam suhu sederhana) sedangkan vitamin yang satu lagi akan bertukar hitam!

Oleh itu,ummi yakin dan percaya sesungguhnya shaklee ini sangat selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung terutama yang pernah ada sejarah masalah2 mengandung sblm ini...

2) Dari semasa ummi mengandungkan syasya hingga la qistyna ummi perasan klinik gomen tak bg supplement kalsium sedangkan kalsium sgt penting untuk ibu mengandung..pernah ummi tanyakan dan nurse tu jwb "ntah la..agaknya kalsium mahal kot...ala..beli kat farmasi murah je.."...Pulak...so, sbb masa tu ummi masih blm berjumpa shaklee ni,ms pregnant ummi kerap kena kejang kaki,sakit tulang belakang dan sembelit...tetapi ummi kagum dengan kalsium shaklee kerana Ostematrix(Kalsium) Shaklee sesuai untuk keperluan tubuh badan si ibu dan tidak lupa juga bagi bayi yang dalam kandungan, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang bayi yang kuat. Kalsium Shaklee tidak hanya diperbuat dari kalsium Karbonat semata2 yang boleh membuatkan seseorang sembelit dengan teruk tetapi Kalsium Shaklee dihasilkan oleh campuran kalsium karbonat dan kalsium sitrat yang dapat mengelakkan masalah sembelit...

3) Semasa ummi mengandung syasya dahulu,sahabat2 ummi suka rekomenkan obimin(sbb malas nak mkn vitamin gomen yg banyak2 tu..hehehe)..obimin ini dikatakan merangkumi semua vitamin yg diperlukan oleh seorang ibu hamil...tetapi ummi notice rasanya yang sedikit manis dan sekiranya di pegang lama sedikit melekit dan warna pink tu turun di tapak tangan..ini berbeza dgn Multivitamin Shaklee yang mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah pitam atau pengsan , hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu. Begitu juga dengan vitamin c shaklee yg tidak mempunyai pewarna atau pengawet tambahan.Uniknya vitamin c shaklee kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita.Begitu juga dgn vit B comp yang lengkap dengan 8 B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukkan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

So, kesimpulan yang ummi boleh buat bukanlah ummi katakan vitamin lain tidak bagus dan sesuai...terpulang kepada kehendak sendiri tetapi apa yg ummi coretkan di sini base pd PENGAMATAN DAN PENGALAMAN ummi sendiri...tepuk dada tanya selera...so, bg pendapat ummi vitamin shaklee yang ummi syorkan untuk ibu hamil ini insya allah sangat selamat dan berbaloi2 untuk memastikan kesihatan ibu hamil dan anak yang di kandungnya...set b yang ummi khususkan utk breastfeeding mom itu juga vitamin yang sesuai untuk ibu hamil dan seperti yang ummi katakan sblm ini jika ada kemampuan, boleh la top up dengan Omega untuk meningkat sistem imun baby dan DHA otak bayi dan juga ESP (Soy Protein-Protein yang diperlukan untuk membina sel. Dari sel akan terbentuk organ. Dari organ akan terhasilnya sistem. So, pentingnya protien untuk pembentukan janin kepada bayi).

So, ummi rasa cukup la dulu buat masa ini...Nanti kang ummi lebih pandai pulak dr doctor...ampunnn...harap2 perkongsian ini akan lbh memberi kefahaman kepada kalian terutamanya ibu yang sedang hamil...so, silakan sekiranya berminat..ummi mengalu-alukan..detail cara2 pengambilan akan ummi sertakan bagi sesiapa yang membeli...

Buat akhirnya, ummi doakan semoga semua ibu2 hamil di luar sana...semoga kesejahteraan dan kesihatan yang maksimum sentiasa di sisi anda dan baby dalam kandungan anda...pilih di tangan anda...mudah2an pilihan anda adalah yg terbaik untuk anda dan kandungan anda..

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...






Jumaat, 25 Jun 2010

Selamat Hari Jadi Sayang...



Kek Hari Jadi Syasya




Syasya (Baju Pink)...sekitar Majlis
Sambutan Hari Jadi Syasya pada 25hb Jun 2010

Salam...hari ini merupakan antara hari yang melelahkan ummi..mahukan tidak berkejar ke sana ke mari menguruskan keperluan untuk Majlis Hari Jadi anak sulung ummi, syasya...pejam celik pejam celik dahhhh 3 tahun usia putri kesayangan ummi ni...rasanya baru semalam ummi bersusah payah melahirkannya di dunia...Ummi sayangggg sangat, syasya....semoga jadi anak yang baik ye...sayangg...maafkan ummi kerana kegagalan ummi menyusukan syasya sehingga syasya 2 tahun...ummi hanya mampu bg susu ummi pada syasya hanya sehingga 7 bulan sahaja...(sedih ni...huwaaaa)...sbb itu adakalanya tanpa syasya sedar ummi masukkan juga susu ummi ni kedalam botol syasya walaupun ianya bukanlah susu fresh dan hanya stok yang ummi bekukan yang mungkin khasiatnya tidak sebaik susu fresh...maafkan ummi sekali lagi kerana bukan niat ummi untuk membeza2kan syasya dan adik...ummi sayang kamu berdua...kamu berdua lah harta ummi di dunia dan akhirat...

Syasya sayang...ummi selalu berdoa mudah2an sedikit susu yang ummi masukkan utk syasya minum itu terus mengalir menjadi darah daging mu dan itu sahaja yang mampu ummi berikan pada syasya sebagai menebus kejahilan ummi dahulu ttg susu ibu dan tidak mempertahankan perjuangan ummi untuk menyusukan mu sehingga 2 tahun...andai masa boleh ummi putar semula pasti usaha ummi sekarang akan juga ummi lakukan semasa kelahiranmu,sayang...ummi benar2 minta maaf kerana menafikan hak mu untuk mendapat susu yang terbaik dari ummi...

Sungguhpun begitu, ummi sentiasa berdoa kepada allah mudah2an dengan sedikit susu yang ummi bekalkan juga untuk syasya sedikit sebanyak dapat menjadikan syasya anak yang baik dan sempurna...ummi pekakkan telinga saat ummi menerima kritikan dr ahli keluarga yang mengatakan bahwa cara ummi memberikan mu susu secara tandem nursing akan menyebabkan syasya menjadi lemah akal(tidak bijak)dan susu ummi sekarang di katakan hak adik seorang...alangkah...sedihnya hati ummi...tuduhan yang tak berasas itu ummi biarkan dan yang pasti ummi sentiasa bangga dengan kebijaksanaan syasya...

Buat akhirnya, ummi berjanji sayang...selagi ummi mampu walaupun secara tandem nursing dan tidak sepenuh masa,ummi akan terus memberikan hanya yang terbaik untuk anak - anak ummi...maafkan ummi sekali lagi...dan ummi doakan syasya menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ummi dan abah...selamat hari jadi yang ke tiga sayangg...ummi sayangkan mu sejak hari pertama syasya berada dalam perut ummi lagi dan kerana itu ummi memasang niat untuk menjadi salah seorang yang memperjuangkan susu ibu dengan membantu sesiapa yang memerlukannya...

Buat akhirnya, ...Selamat Hari Lahir yang ketiga...Nursyasya Shahidah Binti Sukri...Ummi sayangggg syasya...

Nota kaki: Aktiviti memberikan susu ibu kepada anak yang lebih besar semasa kelahiran anak berikutnya di namakan Tandem Nursing dan ianya tidak berlawanan dengan kaedah islam...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..

Khamis, 24 Jun 2010

Untuk orang mengandung takde ke???

Salam...hari ni kebetulan ummi ada sedikit masa memandang banyak kerja2 ummi yang telah selesai ummi bereskan...syukur alhamdulillah...ummi dapat berkongsi lagi dengan kalian...

Entry kali ini ummi tuliskan kerana baru sahaja ummi menerima panggilan telefon dari salah seorang sahabat ummi yang juga silent reader blog ummi (malu la tu nak jadi follower)...sahabat ummi ni sedang mengandung anak sulung setelah beberapa kali gugur (sebab gugur dia tak pasti sbb doktor tak terangkan secara jelas)...so, sahabat ummi ini sangat2 sayangkan kandungannya pada kali ini dan berharap sangat anak yang di kandungnya dapat di lahirkan dengan sempurna dan selamat...so, pertanyaan sahabat ummi ini "Aku baca blog hang ni semuanya tentang org menyusukan jeee...takde ke untuk vitamin org mengandung???" Tersenyum ummi mendengar soalannya tu...betul jugakkan...asyik citer ttg susu ibu je...orang ngandung mcmana pulak...

So, bagi ibu mengandung..terutamanya ibu yang mempunyai masalah sebelum ini seperti cyst, gugur berulang kali dsbnya...ummi syorkan beberapa vitamin yg sesuai di ambil semasa hamil antaranya :-

1.Protien (Energizing Soy Protien)

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

2. B Complex

Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Perlu bagi urat saraf dan sangat penting bagi ibu hamil.

3. Vitamin C

Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4. Multivitamin ( Vitalea)

Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Tidak mengandungi pewarna dan ianya adalah produk pertama yang ditemui oleh founder Shaklee.

5. Omega 3 ( Omega Guard) - di syorkan pada trimester kedua

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari petingkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.

6. Kalsium ( Ostematrix)

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.


So, jika ummi di tanya mengapa kita masih perlukan vitamin shaklee walaupun boleh dapat vitamin free dr hosp kerajaan...jwpn ummi itu semua terpulang pada diri masing2...samalah juga pilihan samada nak bersalin di swasta atau kerajaan...so, tiada salahnya jika ingin mengambil vitamin secara percuma dr klinik kerajaan...cuma jika kita mampu apa salahnya kita berikan hak kita itu kepada yang benar2 kurang berkemampuan...

Buat akhirnya,ummi catatkan kata2 yang kerap ayah ummi katakan pada ummi "kerja teruk2,gaji besar tapi bila nak beli ubat(ayah ummi suka sebut vitamin tu ubat)..berkira...nak,kesihatan boleh di beli ke dengan wang ringgit???Beli kereta besar, beg tangan mahal mampu tapi untuk kesihatan tiba2 tak mampu..."...selalunya ummi hanya mampu tersengih bila ayah ummi dah keluar kata2 mcm ni...dan syukur la ummi telah di ketemukan dengan vitamin yang benar2 sesuai dengan diri ummi...dan insya allah ummi akan terus mengamalkannya demi untuk KESIHATAN YANG TAK BOLEH DI BELI KEMBALI...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Mengatasi masalah bengkak susu

Salam...hari ini sekali lagi kita bersua di alam maya...tersenyum ummi bila menaip tajuk di atas niii...

Sebenarnya begini kisahnya...petang semalam seorang sahabat lama ummi datang menziarahi ummi...lama jugak kami berbual...maklum...hampir 3 tahun tak berjumpa...dan sempat juga kami keluar makan bersama...

Nak di jadikan cerita slps makan seperti biasa ummi keluarkan gadget2 vitamin ummi untk ummi makan...dengan mata yang agak terbuntang dia berkata "wahhh...hang sakit apa ni...banyaknya ubat!!!"...hanpir tergelak ummi..ummi tunjukkan botol shaklee tersebut kepadanya..."Inilah 'magic' aku"...hairan sahabat ummi tu...Tambah hairan kerana sebaik tiba di opis semula ummi minta izin untuk menjalan sessi mengepam...

"Anak hang bukan dah hampir 8 bulan ke"...tergeleng2 kepala beliau melihat hasil susu ummi iaitu 9 oz...ummi tak jwb apa cuma tunjukkan sekali lagi vitamin shaklee kpdnya...sahabat ummi tanpa berlengah ambil dlm 10 biji alfalfa untuk cuba (sahabat ummi ada anak berusia lbh kurang anak ummi tetapi susunya kurang sebaik sahaja anaknya mencapai 6 bulan)...Oleh kerana terlalu excited,tak sempat ummi pesan supaya pastikan susu di pam sekiranya breast terasa berat...

Tengah malam itu, sahabat ummi hubungi ummi semula..nadanya lemah mcm demam...antara kata2nya "wehhh...hang niaya kat aku...breast aku jadik bengkak ni...last aku rasa masa pantang dulu...nak wat camna ni...." Tergelak ummi...suka bangattt...makna berkesan la kan...

So,di sini ummi copy paste email yang ummi hantar pada mentor ummi N (masa tu ummi tak pandai lg berblog)...ini adalah petua bagaimana sekiranya terkena bengkak susu...

Sebelum ni memang ummi dpt info kalau bengkak susu just letak kobis yang agak2 sejuk sket kat breast kan...tapi rupanya bagi ibu2 yang berhasrat nak menyusukan terus baby amalan meletakkan kobis ini memberikan impak besar tanpa sedar iaitu susu akan mengering secara perlahan2...so, disini ummi turunkan satu petua yang ummi dpt dr kakak ipar ummi yang mula2 memang nampak pelik tapi sungguh berkesan untuk diri ummi...

Masa kena bengkak susu of course tak leh perahkan...so, kakak ipar ummi ambil daun betik (batangnya yang halus tu)...potong kecil2 dan sepanjang lbh kurang 2-3 cm dan buat mcm kalung...maksud ummi batang @ urat daun betik tu bila dah potong kecik2...kmdn buat mcm kalung (tak kisah ikat dgn tali apa pun..kalau takde sgt tali rafia pun boleh)...kmdn pakai mcm rantai kat leher(masa pakai mmg nampak mcm lawak sket)...tak perlu panjang sampai kena breast pun...mula2 mmg ummi heran...mcmana breast nak hilang bengkak kalau tak kena breast pun dan apa functionnya...so, base pd pengalaman ummi...(ummi pakai mlm)...besok pg masa terjaga mmg mula2 mcm nak marah sbb pegang bwh ketiak masih ada benjol bengkak tu tp sebaik ummi bangun duduk...masya allah...mencurah2 air susu keluar dengan sendirinya...sampai tak tertampung2..bengkak tu surut sendiri dan terus hilang rasa demam tu...ummi dah cuba untuk kedua2 kali kelahiran..hasil yang sama...

So, moral of the story...siapa2 yang ambil alfalfa atau esp tu,bila rasa je breast mcm dah berat...ummi galakkan cepat2 pam...bagus jika jadual pam di ikut secara konsisten...better jgn tunggu breast dah berat baru nak pam...takut2 perkara yang sama berlaku mcm sahabat ummi tu...dan ummi hadiahkan petua ini untuk di cuba bagi yang memerlukannya...mudah2an juga turut berkesan kepada diri kalian...Insya allah...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Saya berminat tapi saya rasa tak mampu...

Entry ini ummi tulis rentetan peristiwa pagi tadi...alhamdulillah seperti yang kalian tahu...ummi telah bergelar ahli shaklee dan sekaligus pengedar di bahagian utara...Dan syukur walaupun ummi baru sahaja menjadi keluarga shaklee ummi telah dihubungi oleh ramai sahabat ummi yang berminat untuk mencuba vitamin shaklee...

Masalah yang sahabat ummi ini hadapi beliau merasakan set breastfeeding yang ummi tawarkan masih agak mahal untuk beliau..dan beliau minta sekiranya boleh untuk mencuba set B (breastfeeding set) tetapi hanya 2 jenis vitamin sahaja iaitu alfalfa dan juga vitamin c...aduhhh...pening juga ummi memikirkannya...

Akhirnya, slps ummi berbincang dengan mentor ummi,N...ummi bersetuju untuk menjual set B yang telah di pecahkan pula menjadi 2 sahaja terdiri dari alfalfa (60 biji)-sebagai milk booster dan juga vitamin C (30 biji)-untuk boost sistem imunisasi...dan ummi jual dengan harga RM 30.00 sahaja...tersenyum sahabat ummi tu...ceria suaranya...tak sabar2 nak cuba set tersebut...

Jadi secara tidak langsung...base pd perkara ini juga...ummi maklumkan...jika ada lagi yang berminat untuk mencuba satu jenis sahaja vitamin tersebut untuk sebulan...silakan...ummi tawarkan pada harga serendah RM 20.00 sahaja(untuk sebulan) dan RM 10.00 sahaja bg alfalfa (untuk sebulan)...

Ummi harus ingatkan bahawa pengambilan vitamin adalah lebih kurang seperti pengambilan makanan...mesti cukup dan lengkap...agak mustahil jika kita hanya makan nasi semata2 tanpa sebarang lauk tambahan bukan??

Harus juga di ingat bahawa pengambilan supplemen2 adalah untuk memastikan badan si ibu lebih sihat dan bersedia untuk penghasilan susu...gabungan antara badan yang sihat serta kekerapan penyusuan dan jadual pam yang konsisten adalah SANGAT PENTING DALAM MENJAYAKAN SESEBUAH PENYUSUAN HINGGA MELENGKAPI 2 TAHUN PENUH...

Dan...sebagai menghargai pelanggan yang juga sahabat ummi...silakan jika ingin nasihat dan juga pandangan ummi mengenai permasalahan mengenai penyusuan...setakat yang ummi mampu...insya allah ummi bantu...ikhlas niat ummi untuk bersama2 berkongsi kejayaan untuk menyusukan anak selama 2 tahun penuh...buat akhirnya...jika ada yang ingin membeli vitamin shaklee secara direct(bersua muka) insya allah jika ummi tidak sibuk...ummi cuba...semoga ianya menjadi jambatan ukhuwah pula buat kita kelak...

So, buat akhirnya..sekadar renungan...MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK KEBAIKKAN DIRI SENDIRI DAN JUGA KELUARGA SANGAT DI TUNTUT DALAM ISLAM DAN ALANGKAH RUGINYA KITA SEKIRANYA KITA BERKIRA-KIRA UNTUK MENCUBA SESUATU YANG BERFAEDAH UNTU KEBAIKKAN DIRI KITA DAN JUGA KELUARGA...Adios buat masa ini..jumpa lagi...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Saya ter'skip' jadual mengepam saya dan susu saya semakin drop..Apa saya harus lakukan???

Salam...bersua lagi kita di alam maya...seperti yang ummi janjikan entry ini ummi tulis berikutan seorang sahabat ummi menelefon ummi bercerita mengenai jadual pengepaman beliau yang semakin tidak konsisten akibat menghadiri kursus dan yang lebih menyedihkannya...susukan mula menampakkan pengurangan..


Manakan tidak jika sebelum ini satu sessi sahabat ummi ini mampu mendapat sekitar 4-5 oz tetapi pagi tadi nak dapat 2 oz pun seksa...Bagai nak menangis dia menghadapi saat2 ini dan kelamkabut telefon ummi mohon petua...


Seperti sahabat ummi ini,sebenarnya ummi juga kerap ter'skip' waktu mengepam expecially bila ummi dalam court...confirm di sebalik kot yang ummi pakai,baju kurung ummi sudah lencun di bsahi susu...huhuhu...(setakat ni ummi tak berani lagi nak minta hakim stopkan bicara sbb ummi nak pam susu...hehehe)...


Dalam situasi ini bagaimana ummi menghadapinya dan bagaimana ummi memastikan susu ummi tidak mengalami masalah seperti sahabat ummi itu...perkara pertama yang ummi buat bila keluar court ummi akan cari surau dulu bersama spectra kesayangan ummi tu...dan make sure susu di perah sehingga ke titisan terakhir (biasanya akan dpt sekitar 12-13 oz sbb lama delay)...kmdn bila sampai opis semula,(mengambil masa around setengah jam) ummi akan start buat power pumping...every half n hour ummi akan pam selama tiga atau empat kali...sehingga ummi puas hati dan teruskan jadual mengepam ikut shedule biasa...


Mungkin ada yang tertanya2 apakah Power Pumping? Untuk memudahkan kefahaman...mcm ni la ummi bg contoh ye...kalau kita jarang menaip so, tahap kecepatan kita menaip adalah di tahap minima shj tetapi jika setiap hr kita tambah aktiviti menaip kita bukan shj kita akan lebih cekap malah kerja kita akan bertambah cepat selesai kerana 'keserasian' dan "telah menjadi kelaziman'...betul tak??mcm tu juga dgn pengeluaran susu ni...semakin di ransang pengeluarannya makin banyak la penghasilannya...so, bila breast kita kerap kosong...otak akan bg isyarat untuk menggantikan atau menghasilkan susu yg baru...clear tak???so, untuk buat power pumping...ummi biasanya akan buat mcm ni..selesai mengepam...setengah jam kmdn pam lg(tak kira berapa hasilnya)...stop kejap...setengah jam lagi pam lagi...dan buat beberapa kali lg..dan insya allah penghasilan susu akan bertambah sbb otak kita akan menghantar isyarat bhw keperluan lebih kepada penghasilan susu tersebut... faham ke penjelasan ummi ni?hehehe...boleh la cuba...setakat ni alhamdulillah mmg berkesan pd diri ummi..


So, kesimpulan yang ummi dapat buat...bagi adik2 yang mempunyai jadual kerja yang sangat thigh atau tiba2 ada meeting @ kena kerja luar yang menyebabkan terpaksa 'skip' waktu mengepam...nasihat ummi 'JGN SESEKALI PAKSA DIRI UNTUK PAM DLM KEADAAN TERGESA2...kalau diri ummi..mmg confirm tak keluar susu...apa yang perlu dibuat secara ringkas :-
a) Tenangkan diri
b) Bila selesai tugasan,terus pam HINGGA BREAST BENAR2 KOSONG
c) Buat Power Pumping slps setengah jam beberapa kali(INI PENTING UNTUK OTAK MENGHANTAR SEMULA ISYARAT KEPERLUAN KEPADA PENGHASILAN SUSU YANG LEBIH BANYAK)...
d) Teruskan sessi mengepam ikut jadual yang biasa
e) Berdoalah kepada Yang Maha Esa..


Jadi, ummi rasa itulah sedikit sebanyak pendapat ummi...apa yang ummi kongsi ini lebih kepada pengalaman ummi sendiri...dan mudah2an dapat sedikit sebanyak membantu kalian...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP)

Salam...maaf sekali lagi sepatutnya ummi tulis tentang entry bagaimana sekiranya kita terskip waktu mengepam yang boleh menyebabkan susu akan merudum jika di biarkan berterusan...Entry itu insya allah akan ummi tuliskan malam ini jika tiada halangan...

So, entry kali ini adalah mengenai salah satu makanan atau supplement yang ummi ambil dalam membantu susu ummi lebih pekat, berkualiti dan sedap...(anak ummi syasya yang cakap)hehehe...Entry ini ummi dahulukan kerana ummi terima email daripada salah seorang pembaca blog...




Pertama sekali apa itu ESP ?

ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protin. Ia adalah protein soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti susu, milo atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protin itu sendiri.

Ok...bagaimana ESP membantu ummi dalam penyusuan?

Setiap hari  ummi mengambil supplement secara konsisten iaitu selepas sarapan pagi ummi akan makan apa yg ada dlm set breastfeeding (vitalea @ multivitamin,B complex, Vitamin C dan Alfalfa)...semuanya ummi ambil sebiji setiap hari melainkan alfalfa...alfalfa ummi akan makan 2 biji dan tambah dengan bancuhan sesudu esp...selepas makan tengahari ummi ambil lagi 2 biji alfalfa dan bancuhan sesudu esp dan sebelah malam juga ummi akan ambil 2 biji alfalfa beserta bancuhan sesudu esp...

Bagaimana ummi minum ESP?

Ummi ni tersangat suka dengan ribena...selalu berebut dengan anak ummi syasya...so, ummi selalu bancuh ribena dan tambah sesudu esp kedalam bancuhan tersebut...rasanya sangat sedap...seakan2 vitagen...

Apakah hasil cara pengambilan supplement ini ke atas diri ummi?

Syukur alhamdulillah...setelah hampir sebulan ummi amalkan secara KONSISTEN ummi dapati susu ummi menjadi lebih pekat,berwarna seakan2 yellowish dan sangat sedap(putri sulung ummi yang cakap)...dan hasil pengepaman ummi turut meningkat dari sekitar 6-7 oz sekali perahan kepada 8-9 oz...ummi percaya peningkatan jumlah kuantiti susu ummi datangnya dari pengamalan supplement secara konsisten,mood ummi yang seronok dan happy(sbb qistyna minum 1-2 oz dah brppp..kenyang hasil susu ummi yg pekat) dan ummi tidak putus2 berdoa pada yang maha esa untuk di permudahkan...syukur...susu ummi masih maintance hingga kini (7 bulan setengah usia qistyna)...

Pengalaman ummi dalam pengambilan supplement Shaklee...


a) Hasil perahan susu ummi meningkat
b) Susu menjadi lbh pekat dan berwarna yellowish
c) stok lbh banyak terhasil(dah tak muat peti aisku)sbb qistyna hanya minum sikit dan cepat kenyang
d) Pertambahan mendadak pada berat qistyna dari 6.5 kg kepada 7.6 kg dalam masa kurang sebulan
e) Mood ummi sentiasa baik...alhamdulillah(kesan B Com.)
f) Susu perahan ummi pernah mencapai 12 oz satu sessi pengepaman (lbh2 lagi berlaku semasa ummi di datangi menstrual)

Dannn...yang paling utama badan ummi terasa segar dan bertenaga berbanding dahulu kerana dgn kerja yang menimbun2 di opis dan driving pergi balik anggaran sejam setiap perjalanan memang memenatkan...Sekarang ummi masih bertenaga apabila sampai di rumah dan boleh memasak lagi di rumah..Abah (suami ummi) juga salute sbb hasil pengambilan alfalfa hubungan suami isteri lebih mantopp...

So, kerana ummi sendiri telah melaluinya dan mendapat kesan yang baik so, hari ini ummi secara rasminya telah menjadi ahli Shaklee..dan insya allah ummi akan juga membantu adik2 yang ummi sayang sekiranya berminat untuk memastikan kalian mendapat hasil yang sama...niat ummi untuk memperjuangkan susu badan dan membantu adik2 yang mempunyai masalah dlm penyusuan adalah misi no 1 ummi...

So, cukup la dulu buat masa ini...harap2 apa yg ummi catatkan ini secara tidak langsung telah menjawab soalan yang di utarakan oleh mereka yang sudi menghantar email dan sms dan sebagai panduan dan tatapan adik2 lain yang sudi membaca blog ummi ini...insya allah ummi akan sambung nanti malam...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Rabu, 23 Jun 2010

Saya bekerja tetapi ingin susukan anak sendiri...Apa yang saya perlukan ada????

Salammm...hari ini alhamdulillah...sekali lagi tuhan memberikan kesihatan dan tubuh badan yang sihat untuk ummi terus menaip...Entry hari ini ummi tulis kerana ummi menerima email dari sepupu ummi yang mempunyai anak kecil berusia 2 bulan dan sepupu ummi akan masuk bekerja sedikit masa lagi...berikutan anaknya menyusu badan sepenuh masa,sepupu ummi buntu bagaimana hendak meneruskan penyusuan badan sepenuhnya dan dalam masa yang bekerja...

Harus ummi katakan base pada pengalaman ummi pertama sekali SEMANGAT HARUS LAH KUAT DAN BUKAN SEPARUH JALAN....itulah perkara terpenting yang perlu ada sebelum seorang ibu yg bekerja ingin meneruskan penyusuan ini...Seterusnya,AKAL YANG SENTIASA POSITIF UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK ANAK KITA...maksud ummi, akallah yang merakam dan mengatur programming dalam badan dan sekiranya akal atau otak di programkan untuk menyusukan anak selama mana yang boleh...insya allah..ummi yakin pasti berjaya...

Ok..bagi ummi inilah antara gadget kepunyaan ummi sebelum ummi melangkah semula ke pejabat selepas habis cuti bersalin...

1) Breastpump-ummi memang tak pandai perah pakai tangan (kaedah marmet)...so ummi sangat perlukan breastpump untuk menjalankan aktiviti mengepam di opis...So, ummi pernah ada (try n error) breastpump jenis pureen battery(2 biji),pureen manual,Farlin battery,Avent isis manual dan spectra 3...wow...banyaknya breast pump ummi kan....sbnrnya ummi try n error...semua breastpump tersebut sesuai utk ummi cuma sbb ummi ni 'pengepam tegar' so, jenis pureen battery dan manual,Farlin battery adalah pam2 yang tak tahan jika di gunakan tahap melampau...motornya cepat rosak...dan battery tak tahan lama...harga2 kedua2 pam ini sekitar RM 100 lebih...so, skrg ummi sepenuh masa menggunakan spectra 3 yang menggunakan elektrik sepenuhnya...agak berat tetapi boleh menggunakan double pumping...menjimatkan masa...ummi sgt sukakan pam ini cuma kelemahannya jika tmpt yg takde power point(tp boleh beli car adaptor)...so, ummi standby satu lagi pam iaitu avent isis manual...pun best dan berbaloi2...harga spectra 3 sekitar RM 389.00 kalau tak silap dan avent isis sekitar RM 200 lebih.

2) cooler bag dan ice pack-ini satu lg gadget yang wajib ada sbb susu yg di pam akan bertahan sehingga waktu balik (tak risau jika opis takde peti ais atau blackout)...buat masa ini ummi pakai cooler bag dr mom's little one dan ais pack jenis moms little one juga...ummi beli sbb bag ni kecil dan mudah di bawa...semasa beli dijual secara package iaitu cooler bag+ais pack 3 ketul+ cover aispack+6 biji botol mlo...harganya sekitar rm 140.00. Tapi kalau nak murah boleh la beli cooler bag jenis simple dimple ianya cuma sekitar belasan ringgit sahaja...(nak tau lbh lanjut ttg gadget no 2 ni bleh email ummi sndiri)...

Ummi rasa inilah perkara2 yang terpenting yang diperlukan untuk ibu bekerja yang ingin meneruskan penyusuan badan sepenuhnya...selebihnya...mengepam secara teratur(boleh check kat entry sebelum ini cara2 ummi mengepam) dan berdoa lah kepada tuhan untuk memudahkan urusan kita...buat masa ini ummi sgt2 happy kerana masih bertahan dan berjaya menyusukan qistyna sepenuhnya walaupun ummi bekerja...

So, ummi rasa cukuplah setakat ini dahulu...ummi sambung di lain masa...untuk entry seterusnya ummi akan tulis dan jwb pula satu lagi email mengenai "bagaimana nak buat apabila ter skip waktu mengepam kerana ia menyebabkan susu terus drop perlahan2...bagaimana ummi lakukan ini(ummi selalu skip waktu mengepam bila ummi sibuk bawa kes dlm mahkamah...takkan nak bgtau hakim suruh berenti sbb ummi nak pam susukan...hehehe...tunggu k...nanti ummi sambunggg...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Salahkah Ummi....???

Salam...hari ini sekali lagi ummi ingin berkongsi cerita dengan kalian...harap2 kisah ini menjadi iktibar dan menguatkan lagi keazaman ummi untuk terus memperjuangkan susu badan sepenuhnya...

Petang tadi ummi melawat sahabat ummi yang baru sahaja melahirkan anak..seorang anak lelaki yg comel seberat 2.9 kg...ummi turut bergembira krn ini merupakan anak sulung sahabat ummi setelah menunggu hampir 5 tahun...

Sedang ummi bersembang2 (ummi dtg melawat dengan beberapa org sahabat)...anak kecil ini menangis...tanpa berlengah sahabat ummi ini terus memberikan anaknya sebotol susu...tanpa niat apa2, ummi bertanya "susu badan hang ka???"...serta merta tanpa rasa bersalah sahabat ummi menjawab.."takkk...susu 'mahal' ni...susu aku takde...anak aku pun tak nak minum susu aku"...alangkah...sebak rasa hati ummi kerana terbayang bgmana perut si kecil itu menampung kepekatan susu tersebut dan alangkah kesiannya perut si kecil untuk menghadamkannya...tanpa ummi sengaja terkeluar kata2 dr mulut ummi..."kesian anak hang"...sahabat ummi seperti tersentap dan katanya "awatnya???susu ni pak dia beli yang paling mahai...susu mahai tentulah khasiatnya banyakkan"...

Ummi pun jwb dgn lemah lembut kot2 dia nak cuba susu badan..."dak la...aku tak kata susu pak dia beli ni tak elok cuma tuhan jadikan susu yang sedia ada tu tentu itulah yang terbaikkan...kalau hang tak reti mai aku cuba ajaq hang camna nak bg anak hang mau isap susu hang...maybe cara hang bg tak betui kot"...serta merta berubah air muka sahabat ummi tu..langsung di jwb.."hmm...tak yah la...hang pun bukan pakar kan...yang aku tau hang pun bukan bg anak hang minum direct kan...tak pa la...terima kasih je...senang lagi tinggai bancuh ja...tak yah aku susah2 mcm hang...nak usung pam sana sini...nak kena perah susu kat opis...ishh...lecehhhh"...terdiam ummi dengar kata2 sahabat ummi tu...tp apakan daya,ummi senyapkan sahaja...

Yang lebih menyedihkan ummi,semasa ummi dukung baby tu...mulut dia tercari2 puting ibunya...sedih sangat ummi...so, kata2 dia yang kata anak tak mau susu aku...salah...

Apa yang ummi tau setiap baby yang di lahirkan tiada yang tidak mahu kepada susu badan kerana allah telah menciptakan semua ibu itu mempunyai susu...alasan tiada susu sebenarnya bg ummi satu alasan yg direka2 semata2...semua ibu yg mengandung dan melahirkan mampu menyusukan anaknya... dan percayalah SETIAP APA YG ALLAH BERIKAN DAN CIPTA ITU ADALAH YG TERBAIK DAN SANGAT LAH RUGI KEPADA SESIAPA YG MENSIA - SIAKANNYA...

Di sini ummi turut kongsikan email dr cousin ummi mengenai kisah penyusuannya...cousin ummi ni juga full breast feed mother...walaupun bekerja...bekerja bukan alasan utk nafikan HAK anak untuk dpt susu terbaikkan...dan cousin ummi pernah hantar email pd ummi lbih kurang mcm ni bunyinya(meluahkan rasa hati ttg anak yg dia full breast feed-anak lain mnm susu lembu sbb masa tu dia cetek ilmu)...

" anak inilah yang menyapu airmataku tatkala semua abang dan kakaknya membuatku sedih,
anak inilah yang memelukku dan memujuk lara hatiku tatkala anak2 yang lain melawan kata2 ku,
anak inilah juga yang memicit2 badanku tatkala aku keletihan sedangkan anak2 lain sanggup melemparkan kata2 ...ah..penat la ibu ni...,
anak inilah juga yang sanggup bersengkang mata menjaga aku di wad tatkala aku di jangkiti demam denggi sedangkan anakku yg lain memberikan alasan busy,
dan yang paling menyedihkan ku inilah satu2nya anakku yg tidak jijik atau geli untuk membasuh air kencing dan hadas besarku...sedangkan anak lain lebih tega menyuruh jururawat yg melakukannya dengan alasan geli dan kotor...sedangkan tangan inilah yg mencebok mereka tatkala kecil...
alangkah...bodohnya dan jahilnya aku saat itu...dan ku salahkan diriku atas segala kesalahan ini kerana aku sndiri yang menyuapkan susu lembu ke mulut mereka sbg makanan pertama mereka dengan alsan susah dan malas...dan kiranya masa boleh ku putar semula...takkan ku ulangi kesalahan yg sama dan menyusukan mereka dgn susu aku sndiri...tp apakan daya...dan kerana itu,aku akan pastikan selagi terdaya akan aku canangkan seluruh dunia agar cuba menyusukan anak walau sesusah mana pun...kerana hr ini ramai anak2 diluar sana semakin banyak ingin menjadi "si tanggang"...kerana apa???kerana makanan pertama yg diberi adalah SUSU LEMBU...wahai ibu2 diluar sana...janganlah ulangi kesilapan sama yg aku lakukan kerana terlajak perahu boleh di undur terlajak perbuatan sesal sudahnya..."

*thanks to my dear cousin sbb benarkan aku copy paste hangnya email...*

So...tepuk dada tanya kehendak diri sendiri...jika kita berkira2 dan bersusah payah semasa mengandung mengumpul duit sebanyak mungkin untuk membeli baju dan barang2 keperluan anak kita dengan alasan ingin menyediakan kelengkapan yang terbaik untuknya,apa salahnya kita juga memasukkan dlm kotak fikiran kita ingin memberikan susu yang terbaik untuk anak kita...iaitu susu badan...

Untuk akhir kata renungilah kata2 ini...TIDAKLAH TUHAN ITU MENCIPTAKAN SESUATU ITU DENGAN SIA - SIA...SESUNGGUHNYA SETIAP SESUATU YANG DI CIPTAKAN ITU ADALAH 'YANG TERBAIK' UNTUK HAMBA- HAMBANYA 'YANG TAHU BERSYUKUR ATAS PEMBERIANNYA'...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Selasa, 22 Jun 2010

Sekali pam dapat 12 oz???Banggakah Aku???

Salam...hari ni kebetulan ummi free kat opis,so ada lah sedikit masa untuk memblogkan diri...maaf la...ummi kalau kat opis mmg tak banyak masa nak telek satu2 email2 yang masuk setiap hari...tp insya allah setiap malam selepas qistyna dan syasya tidur ummi akan luangkan masa untuk membaca dan membalas email2 sahabat2 ummi...

So, pasti kalian terkejutkan melihat tajuk di atas???Hehehe...cerita ini ada di paparkan dalam laman web adik kesayangan ummi,N..(anakkuwiraku.blogspot)...Ini kisah benar dan apa yang ummi sendiri lalui...

Semasa itu, ummi mengalami masalah susu yang drop dr biasa sebanyak 8-9 oz sekali pam merudum terus ke 4 oz sahaja pada hari itu...dan apa sebabnya???Ummi di datangi menstrual...(tambah2 ummi memang dah set dlm mind kalau menstrual mesti susu drop)...

So, slps adik ummi (N) consult ummi mengenai cara2 menghadapi menstrual so, malam tu before ummi tidur ummi telan 2 biji alfalfa + esp sesudu...pkl 2 pagi tu memang...masya allah...terkejut yang amat...12 oz sekali sessi perahan...sangat banyak bagi diri ummi dan bersyukur sangat2...terus ummi buat sujud syukur...

Ok?Banggakah ummi mendapat hasil perahan sebegitu banyak...bohong la kalau ummi katakan tidak bangga...dan entry kali ini sebenarnya ummi ingin tekankan KUANTITI SUSU YANG BANYAK...

Ummi banyak menerima email dari adik2 kesayangan ummi seperti ei_widury,ina,akmar dan ada beberapa orang lagi yang menanyakan bagaimana nak membanyakkan susu seperti ummi...

Begini lah ye...nasihat ummi...ummi sebenarnya tidak begitu mementingkan sangat kepada jumlah atau kuantiti perahan tersebut...sebaliknya ummi kerap tekankan...jika makan supplement Shaklee tersebut secara konsisten,hasil susu tersebut adalah AMAT BERKUALITI...

Kenapa ummi katakan Berkualiti???Jika kalian sedar,sebenarnya sebaik sahaja kalian makan secara teratur supplement tersebut,insya allah susu akan berubah kepada pekat dan berwarna seperti yellowish...Base pada pengalaman ummi sendiri...apa yang sangat memberikan kepuasan pada ummi selepas pengambilan supplement shaklee ni...QISTYNA SEPERTI ADDICT KEPADA SUSU UMMI DAN YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN BILA QISTYNA MINUM SUSU SEKITAR 1-2 OZ SAHAJA MESTI DIA DAH BRRRP...KENYANG...So, apa yang penting bagi diri ummi tika ini adalah bukan kuantitinya tetapi kualiti susu itu sendiri...dan percayalah adik2 ku sekelian...bila ummi gembira melihat qistyna minum dlm kuantiti sedikit tetapi cepat kenyang,mood ummi sangat2 gembira dan membuatkan ummi lebih teruja untuk meneruskan pengepaman untuk anak kesayangan ummi...so, secara tak langsung dalam kondisi ummi yang gembira, puas hati, pengambilan supplement yang teratur, secara automatiknya susu ummi dengan sendirinya bertambah...

So, nasihat ummi kepada sesiapa yang baru mencuba pengambilan vitamin shaklee...bersabar lah...kerana jangan kita hanya memandang atau mengharapkan hasil yang cepat dalam peningkatan kuantiti susu tetapi perhatikan juga KUALITI SUSU ITU SENDIRI,YE ADIK2...

So, cukup la ummi rasa dulu buat masa ini...kepada adik2 yang ada menghantar email yang ummi lambat jawab,ummi minta maaf...maklum..ummi ni bukan sahaja manusia biasa,juga seorang isteri yang ada tanggungjwb di rumah juga seorang ibu yang menguruskan anak 2 orang (mcm 10 orang!), seorang pekerja yang selalu berhadapan dengan tugas2 seharian dan yang paling penting ummi juga seorang hamba allah yang bertanggungjawab menyempurnakan suruhan dan amalannya...insya allah...email2 itu ummi akan jwb juga perlahan2 dan adakalanya ummi selitkan juga dalam blog ummi ini...

Terima kasih atas perkongsian melalui email kerana setiap pertanyaan kalian itu sekurang2 sentiasa melatih dan mengingatkan diri ummi untuk terus memperjuangan penyusuan ini...Buat akhirnya seperti biasa jika ada sebarang komen atau apa2 sahaja yang ingin di kongsi dengan ummi...silakan...email ummi ke nadeeyya_kk@yahoo.com.Sekian dulu untuk kali ini...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia.

Bagaimana maintain susu????


Salam...syukur alhamdulillah...sekali lagi ummi dapat mengarang sedikit sebanyak mengenai ilmu penyusuan...adakah ummi seorang LC(Lactation Counselor)???Malangnya jawapan ummi tidak...bagi ummi walaupun ummi bukan seorang LC tetapi jauh di sudut hati ummi,ikhlas ummi ingin berkongsi apa yang ummi tau mengenai penyusuan hasil dr perbincangan ummi dengan doktor khusus laktasi, pembacaan ummi dalam laman2 kesayangan ummi yang banyak berkisar mengenai penyusuan dan mentelaah buku2 ilmiah mengenai breastfeed...dan yang paling utama ummi ingin berkongsi pengalaman ummi sendiri...

So, bagaimana ummi maintainkan susu ummi...hingga kini syukur hasil perahan ummi untuk sekali pam adalah sebanyak 8-9 oz...so, di atas ini adalah hasil pengepaman ummi di sebelum ummi ke opis jam 6 pagi tadi...alhamdulillah...

Syukur sebab allah mengurniakan ummi dengan sebegitu banyak hasil perahan untuk keperluan baby ummi,Qistyna...sebenarnya...soal banyak atau tidak semuanya tu bergantung kepada kehendak anak,kekerapan kita menyusukan atau mengepam, pemakanan seseorang ibu itu sendiri dan tentunya yang paling penting setelah semua usaha di lakukan adalah rezeki hasil permohonan kita pada yang maha esa...ummi juga akan sentiasa memastikan diri ummi untuk regular pumping every 3 to 4 hours dan sujud merendahkan diri memohon kepada yang maha kuasa,di tambah lagi dengan vitamin shaklee yang ummi makan (set B + alfalfa + esp)...syukur ia membuahkan hasil yang cukup manis...sesungguhnya allah tidak akan mensia2kan setiap permohonan hambanya tambahan doa2 bg ibu yang menyusukan anak kerana mencari KEREDHAAN ALLAH...bukan kah sifat allah itu MAHA PENGASIH...

Memang nak mengepam every 3 to 4 hours memang kalau takde keazaman yg kuat...boleh give up...tapi...ummi ni sbb memang bg anak breastfeed hanya melalui pumping, so aktiviti mengepam tu dah jadik kelaziman..org kata kalau benda yang dah hari2 buat dah jadik biasa dan tak susah pun...masa nak mulakan aje..alah bisa tegal biasa...

Mengenai jadual mengepam ummi termasuklah sekitar jam 2-3 pagi...hehehe...penat???mmg pada mulanya ia...tapi bila ia menjadi satu kelaziman dan kebiasaan...langsung tak mendatangkan beban pd ummi....tambah2 saat ummi melihat wajah mulus si kecil ummi yang tidur dlm kekenyangan slps minum susu ummi...syukur sgt dan rasa sangat gembira...dan dengan membiasakan diri ummi bangun seawal pg itu, ummi dapat berkhalwat dengan yang Maha Esa...dan sangat tenang...dan kesannyaaa...susu ummi yang paling banyak terhasil adalah pada jam 2-3 pagi...

So, kesimpulan yang boleh ummi buat bagaimana pengalaman ummi dalam me'maintain'kan susu ummi...so, bagi ummi inilah perkara2 yang penting dalam diri ummi yang perlu ada jika ingin meneruskan ke 2 tahun penuh penyusuan...antaranya :-

a) Mengepam secara tetap dan teratur-konsisten (jika ibu2 yg boleh direct lebih bagus)...
b) Mengambil pemakanan tambahan secara konsisten(untuk memastikan badan sihat dan cergas bagi kelancaran pengeluaran susu)-ummi pilih shaklee:-)
c) Minda harus sentiasa positif
d) Mood yang happy
e) Tidak mudah marah
f) Berdoa kepada yang Maha Esa

So, ini sahajalah cara- cara ummi mengekalkan penyusuan ummi hingga kini...

Harapan ummi sedikit sebanyak membantu kepada yang memerlukan...Oh ya,maybe jika ada sahabat2 di luar sana yang boleh bg cadangan pd ummi entry apa yg bagus untuk ummi tulis...silakan e mail ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...

Sekian dulu...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Rabu, 2 Jun 2010

Shaklee pilihanku...

Salam...hari ini ummi rasa letih sangat...banyak pulak kes2 yang perlu ummi teliti...bila pembantu ummi letak fail yang menimbun2 tu..aduhaiii...terus rasa nak demam...hehehe...so, td memang sangat2 bz dengan fail2 kes dan ada masa kena rujuk pulak enakmen2 yang lebih memeningkan...

Sampai je ummi kat rumah so, mcm biasa ummi ligat dengan aktiviti melipat baju,susun dan sapu rumah sikit2, mengepam susu dan ambil putri2 ummi dr nursery...abah geleng kepala dan bisik kat ummi..."kata penat td tp dr balik kerja tak duduk2 lg ummi ni..."hehehe...untuk pengetahuan kwn2 ummi juga driving alone setiap hr dr rumah ke tempat kerja anggaran hampir2 sejam sbb ummi duduk di kedah tp kerja di penang...

So, berbalik kepada kisah yang ingin ummi kongsi...baru2 ini ummi terjumpa la blog sahabat ummi ni...anakkuwiraku.blogspot...memang ummi tertarik dgn cerita sahabat ummi (manja di panggil N)hehehe...blog dia penuh dengan moral support expecially untuk ibu yg menyusukan anak mcm ummi...dan sahabat ummi ni pengedar shaklee yang berjaya...

So, ummi cuba ambil terlebih dahulu set trial pack *sekarang set trial pack tiada lagi di pasaran (untuk breast feeding)..seminggu kemudian ummi terkejut kerana ummi di datangi menstrual...aduhaii..sbb maklumat yang ummi dapat kalau menstrual susu akan merudum..dan sbb ummi dah terpercaya so mmg effect kat susu ummi...dr biasa dpt 7-8 oz terus merudum ke 4 oz...ya allah..tertekan ummi masa tu..cepat2 ummi hubungi sahabat ummi,N..dan atas nasihat dan cara2 nak bg susu maintain walaupun menstrual sgt2 positif dan alhamdulillah susu ummi kembali meriah mcm biasa...

Mcmana caranya???let's sharing..ummi ambil 3 times alfalfa...2 biji sekali makan dan ummi ambil lps breakfast, lunch dan dinner...kemudian ummi tambah pulak dengan energizing soy protein  sebanyak satu sudu...ummi bancuh dgn ribena(ummi hantu ribena) hehehe...mmg sedap..mcm vitagen...dan ummi pastikan diri ummi dalam keadaan cool, happy dan berfikiran positif...syukur...ummi pernah dpt sehingga 12 oz dengan sekali pum...mcm tak percayakan tapi itulah kenyataannya...(terima kasih pd sahabat ummi N kerana membantu ummi saat2 ummi memerlukan)...

So, hingga sekarang ummi maintain ambil set trial pack set B + alfalfa 3 times + esp dan susu ummi alhamdulillah meleleh mcm masa dlm pantang...syukur...oh ya...ummi bukan lah pengedar shaklee...kalau nak order kena buka laman sahabat ummi...anakkuwiraku.blogspot...ummi cukup berpuashati dengan layanan dan servis sahabat ummi ni...

Ummi rasa cukup la dulu buat masa ini...lain kali ummi sambung lagi ye...harap2 cerita ummi ni akan membantu sedikit sebanyak ibu2 di luar sana yg tercari2 vitamin yg sesuai untuk breastfeeding...dan mcm ummi cakap tadi memang sangat best dan berbaloi2 menggunakan vitamin shaklee ni..buat akhirnya,semoga allah memberikan jalan terbaik untuk semua ibu2 diluar sana yg berusaha bersungguh dalam memperjuangkan susu ibu ini...adios buat masa ini...

* sebagai makluman...SET TRial Pack Sudah Tiada di Pasaran kini...

Salam ukhuwah,
Kak Nadia...

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails