Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 22 Jun 2010

Bagaimana maintain susu????


Salam...syukur alhamdulillah...sekali lagi ummi dapat mengarang sedikit sebanyak mengenai ilmu penyusuan...adakah ummi seorang LC(Lactation Counselor)???Malangnya jawapan ummi tidak...bagi ummi walaupun ummi bukan seorang LC tetapi jauh di sudut hati ummi,ikhlas ummi ingin berkongsi apa yang ummi tau mengenai penyusuan hasil dr perbincangan ummi dengan doktor khusus laktasi, pembacaan ummi dalam laman2 kesayangan ummi yang banyak berkisar mengenai penyusuan dan mentelaah buku2 ilmiah mengenai breastfeed...dan yang paling utama ummi ingin berkongsi pengalaman ummi sendiri...

So, bagaimana ummi maintainkan susu ummi...hingga kini syukur hasil perahan ummi untuk sekali pam adalah sebanyak 8-9 oz...so, di atas ini adalah hasil pengepaman ummi di sebelum ummi ke opis jam 6 pagi tadi...alhamdulillah...

Syukur sebab allah mengurniakan ummi dengan sebegitu banyak hasil perahan untuk keperluan baby ummi,Qistyna...sebenarnya...soal banyak atau tidak semuanya tu bergantung kepada kehendak anak,kekerapan kita menyusukan atau mengepam, pemakanan seseorang ibu itu sendiri dan tentunya yang paling penting setelah semua usaha di lakukan adalah rezeki hasil permohonan kita pada yang maha esa...ummi juga akan sentiasa memastikan diri ummi untuk regular pumping every 3 to 4 hours dan sujud merendahkan diri memohon kepada yang maha kuasa,di tambah lagi dengan vitamin shaklee yang ummi makan (set B + alfalfa + esp)...syukur ia membuahkan hasil yang cukup manis...sesungguhnya allah tidak akan mensia2kan setiap permohonan hambanya tambahan doa2 bg ibu yang menyusukan anak kerana mencari KEREDHAAN ALLAH...bukan kah sifat allah itu MAHA PENGASIH...

Memang nak mengepam every 3 to 4 hours memang kalau takde keazaman yg kuat...boleh give up...tapi...ummi ni sbb memang bg anak breastfeed hanya melalui pumping, so aktiviti mengepam tu dah jadik kelaziman..org kata kalau benda yang dah hari2 buat dah jadik biasa dan tak susah pun...masa nak mulakan aje..alah bisa tegal biasa...

Mengenai jadual mengepam ummi termasuklah sekitar jam 2-3 pagi...hehehe...penat???mmg pada mulanya ia...tapi bila ia menjadi satu kelaziman dan kebiasaan...langsung tak mendatangkan beban pd ummi....tambah2 saat ummi melihat wajah mulus si kecil ummi yang tidur dlm kekenyangan slps minum susu ummi...syukur sgt dan rasa sangat gembira...dan dengan membiasakan diri ummi bangun seawal pg itu, ummi dapat berkhalwat dengan yang Maha Esa...dan sangat tenang...dan kesannyaaa...susu ummi yang paling banyak terhasil adalah pada jam 2-3 pagi...

So, kesimpulan yang boleh ummi buat bagaimana pengalaman ummi dalam me'maintain'kan susu ummi...so, bagi ummi inilah perkara2 yang penting dalam diri ummi yang perlu ada jika ingin meneruskan ke 2 tahun penuh penyusuan...antaranya :-

a) Mengepam secara tetap dan teratur-konsisten (jika ibu2 yg boleh direct lebih bagus)...
b) Mengambil pemakanan tambahan secara konsisten(untuk memastikan badan sihat dan cergas bagi kelancaran pengeluaran susu)-ummi pilih shaklee:-)
c) Minda harus sentiasa positif
d) Mood yang happy
e) Tidak mudah marah
f) Berdoa kepada yang Maha Esa

So, ini sahajalah cara- cara ummi mengekalkan penyusuan ummi hingga kini...

Harapan ummi sedikit sebanyak membantu kepada yang memerlukan...Oh ya,maybe jika ada sahabat2 di luar sana yang boleh bg cadangan pd ummi entry apa yg bagus untuk ummi tulis...silakan e mail ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...

Sekian dulu...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

3 ulasan:

  1. Tahniah....and welcome to the club....

    BalasPadam
  2. thanks atas sokongan mu itu,dik...bantu la mana yang patut...baru belajar je...

    BalasPadam
  3. nak tanya...ada tak sesiapa yg bf baby & pd masa yg sama makan pil perancang?kalau sblm ni kita ambik noriday, bila baby dah 6bln, adakah kita mesti tukar kpd pil lain ?

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails